Selasa, 27 Disember 2011

Wajib Baca !!! Pesuruhjaya PAS Perak kata rasuah hanya akan dapat dibendung jika Pakatan memerintah (nak tercirit aku dengar)


Kahkahkah ini lagi satu ahlul PAS yang buta kayu. Dia ni sedar ke tak sedar apa yang dia cakap ni

Petikan dari Sinar Harian

IPOH – Pas Perak menyifatkan amalan rasuah di negara ini hanya dapat dibanteras jika PR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjaya, Abu Bakar Hussain berkata, kes rasuah di negara ini cukup membimbangkan dan sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan gejala ini tidak pernah surut, bahkan sentiasa membuak-buak dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, pelbagai kempen dan strategi dilaksanakan khususnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun sehingga kini hanya kumpulan bawahan sahaja yang dikenakan hukuman, manakala kumpulan atasan seolah-olah kebal dari segala hukuman.

“Sebagai sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan majoriti rakyatnya pula beragama Islam, gejala yang menular dalam masyarakat kita hari ini cukup memalukan.

“Sepatutnya, kerajaan yang memerintah hari ini perlu lebih proaktif untuk membanteras gejala rasuah daripada terus menjadi barah kepada masyarakat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah beliau, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah dapat dibendung serta digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, negara akan lebih maju lagi.


Ehh Jap PAS mana tadi? ohh PAS Perak ye

Pak cik oii apa kata sebelum keluar statement pelik-pelik macam ni cuba la soal selidik sedikit sekeliling kamu tu

Tak pun tanya Nga Komeng apa yang dia buat hehehehe

KLIK SINI NAK TENGOK APA YANG NGA KOMENG BUAT


P/S:SPRM dah cukup telus kenapa PAS nak jadi SPRM pulak ker?

2 ulasan:

  1. Nak pancing undi mcm2lah berjanji..Rasuah ni bkan kerana kerajaan ke parti politikke tapi lebih kepada individu (penerima/pemberi) itu sendiri..jati diri perlu ada pd mereka2 yg terdedah kepada gejala rasuah..inshAllah benda ni tak kn berlaku jika mereka berkata TIDAK kpd yg cuba merasuah atau sebaliknya.

    BalasPadam
  2. dia dok kata satu2nya cara memerangi gejala rasuah adalah kembali kepada ajaran islam..... abis cina india dlm DAP/PKR tu mcm mana? semua islam ke???

    BalasPadam