Isnin, 19 Disember 2011

Wajib Baca !!! Adam Adli berpaksikan sosialisme revolusiner (tapi kene gertak telor masuk dalam hahahaha)


Mahasiswa dari UPSI ini banyak bercerita tentang aliran perjuangan sosialisme didalam blognya.Adakah dia tahu apa yang dikatakan oleh sosialisme dan perjuangan ala komunis yang kononnya menuntut hak kesamarataan?

Sedikit petikan dari blognya KLIK SINI

Sosialisma sudah pun berkembang ikut peredaran zaman. Ini zaman yang dipanggil zaman hak asasi. Makanya, sosialisma memandang bahawa hak asasi itu satu keperluan yang sejajar dengan tuntutan masyarakat.

Sosialisma sudah berkembang. Dahulu, penekanan terhadap konsep komunisma itu sebenarnya relevan...kenapa?? Kerananya, zaman itu adalah zaman perang.. ya... PERANG DUNIA KEDUA.. tiada pihak yang tidak angkat senjata!!

Kaum pemodal(kapitalis) yang banyak menaja wang kepada kaum2 nasionalis juga angkat senjata (malalui tentera2 yg dibayar oleh nasionalis).. kaum2 feudal melayu juga angkat senjata (melalui askar2 melayu).. jadi kenapa bila komunis angkat senjata, arakian ia menjadi satu kesalahan dan dosa buruk?? Sedangkan kaum2 nasionalis ini bukan sahaja angkat senjata, disusulinya pula dengan meriam, kapal perang, kapal selam, jet dan sebagainya!! sedangkan soldadu komunis ini hanya mengangkat senjata kampung yang sebenarnya mudah didapati zaman itu: eg senapang patah, rifle kayu... Adil kah kalau mereka yang punya bom atom tidak pula dipandang ganas??

baik..itu DAHULU! zaman perang....rasanya sudah terungkai bahawa keperluan komunis angkat senjata itu relevan...apa lagi, mereka ini jijik melihat penjajah!!

SEKARANG...zaman sudah berubah.. benar, komunis sudah tidak relevan..alang bodoh sekali siapa yang masih berteriak menyambung kerja2 angkat senjata.. lawan kini dengan akal... sedang akal yang jadi taruhan siapa lebih berkuasa, tidak pula sosialisma mampu menang...kerana akal bisa dibeli dengan DUIT!! sosialisma benci kepada DUIT!! jiwa dan roh manusia jadi barang dagangan oleh kapitalis,, itu yang dibenci oleh sosialisma!!


Adakah dia sedar sosialisme juga ciptaan penjajah yang berasal dari blok timur eropah? Idea sosialisme tercetus dari ikon-ikon seperti Lenin, Karl Marx, Friedrich Engels juga dari bangsa penjajah?

Sosialisme juga hanya tinggal nama. Rusia,Eropah Timur dan Indochina sudah lama meninggalkan sosialisme. Mereka membuka pasaran saham,jutawan-jutawan mereka tersenarai dalam senarai Forbes dan negara-negara bekas sosialis ini hanya tinggal nama pada parti tetapi pada hakikatnya ideologi mereka sudah lama didalam muzium.



Oh ye kebanyakkan revolusiner di Malaysia ni menyanjung tinggi ikon sosialisme Che Guevara. Tidak dinafikan Che Guevara merupakan ikon pembebasan masyarakat yang ditindas dan merupakan hero di beberapa buah negara di dunia ini

Tetapi..



Che Guevara telah berjuang bersama Fidel Castro dalam memperjuangkan revolusi menumbangkan diktator General Fulgencio Batista melalui gerakan 26 julai. Sekaligus revolusi yang diperjuangan berjaya di Cuba.Pada 1967 Che Guevara telah ditangkap dan dibunuh di Bolivia.

Tetapi kebanyakkan cerita hanya sampai disitu.
Apa yang tidak diceritakan Fidel Castro menjadi Presiden Cuba hampir 50 tahun dan tersenarai dalam Forbes 2006 antara orang yang ke tujuh terkaya didunia.Dimanakah kebencian sosialisme terhadap wang?

Kenyataan yang sedikit menarik perhatian PB dari blog mahasiswa ini



Sentuh sedikit pada feudal: ada agama? mungkin... hormat agama?? tidak! Apakah kita hormat pada Tuhan bila kita disuruhnya SEMBAH pada manusia yang hierarkinya terletak atas melangit dalam sistem feudal.. Agama apa ini???

Mudah sahaja untuk kita faham kalau kita buka otak dan mata... lebih mudah kalau kita pekakkan telinga kepada omong kosong yang hanya nak jaga periuk nasi rakan2 kapitalis; yang terus2an menaja kempen politik nasionalis dan terus2an juga mengisi kantung kaum feudal!


Kenyataan diatas sekaligus menghina institusi beraja dinegara kita yang merupakan ketua agama islam.Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan atas penyataan yang menghina sebegini

P/S:Tindakan perlu diambil IPTA bagi membendung ideologi-ideologi sebegini dari terus merosakkan anak bangsa.

2 ulasan:

  1. Nampak sangat dia berfahaman sosialis tanpa mengerti bagaimana fahaman itu ujud... mungkin juga dia tak baca sejarah Che Guevara yg byk mengakibatkan korban rakyat yg tidak berdosa. Seharusnya keghairahan revolusi transformasi ke arah positif bukannya negatif

    org muda ipoh..

    BalasPadam