Selasa, 6 Disember 2011

Hot !!! Lim Guan Eng nak menyelam dengan kapal selam


Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan dibawa menyelam dengan kapal selam oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menurut Sinar Harian

LANGKAWI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata, beliau dan Guan Eng akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata, ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk Lima kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada siding akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai Lima '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.

P/S: Wah seronok la uncle Lim dapat naik kapal selam ehh Kak Jijah takut nak naik ye hahahahaha

1 ulasan:

  1. SALAM, DATO ZAHID KENA JAGA JAGA, MAMPUS DIA SESAK NAFAS KAT DALAM TU NANTI HABIS 1 DUNIA SALAHKAN PM. SURUH DIA BUAT MEDICAL CHECKUP DULU!!!!, DEAL DENGAN HANTU RAYA KITA PUN KENA JADI HANTU RAYA.

    BalasPadam