Khamis, 22 Disember 2011

Panas !!! Hati-hati DS @NajibRazak ada usaha sabotaj dalam kerajaan tolong cegah sebelum parah



Berlaku gerakan cuba mensabotaj usaha transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan salah satunya melalui SBPA

Dipetik Dari I4TT

SBPA- usaha tipu Najib, gerakan hasut penjawat awam..


PENJAWAT awam perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.

Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan tertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.

Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Kita tidak tahu apa motif pihak KSN maupun KPPA yang bertanggungjawab merangka SBPA menyembunyikan fakta sebenar daripada Najib? Adakah mereka ini memang bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang kakitangan awam terhadap kepimpinan Najib dan sekaligus bertujuan menghasut serta menanamkan kebencian penjawat awam supaya menolak Najib dan partinya dalam PRU13 nanti? Perlu diingatkan bahawa seramai 1.4 juta penjawat awam adalah pengundi yang akan menentukan untung nasib Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Adakah ini agendanya di sebalik SBPA ini?

Mengapa pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran C yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam? Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?

Adakah benar seperti yang sedang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib supaya beliau hilang sokongan penjawat awam ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse’ pembangkang dan menggerakkan agenda pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.

Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah, kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,000 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya? Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.

Penambahbaikan kenaikan gaji sepatutnya lebih menguntungkan yang berpendapatan rendah dan mampu mengeluarkan penjawat awam yang bertungkus lumus mempertahankan dasar kerajaan keluar dari masalah kewangan serta kepompong kemiskinan bandar yang sedang mereka hadapi tapi malangnya berlaku sebaliknya seolah-olah menjadikan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus papa kedana.

Wajarlah Ceupacs menentang SBPA ini kerana jelas ianya langsung tidak menguntungkan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan 1 dan 2 tadi dan dalam skim ini, penjawat awam harus tunduk hormat kepada ketegasan Cuepacs yang menolak cadangan dari JPA ini dan Najib harus juga berterima kasih kerana Cupecas mendedahkan bahawa ada sebahagian besar pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam sedang menikam beliau dari belakang. Lain yang Najib suruh, lain pula yang mereka buat.

Kita tidak tahu siapa yang memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri ini? Adakah KSN ataupun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (KPPA) dan kita juga difahamkan kedua mereka ini tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain tetapi peliknya mereka boleh bersama merangka pelarasan gaji ini bagi melengkapkan SBPA. Adakah mereka ini memperolehi kepentingan tertentu hingga mereke bersedia untuk melupakan seketika sengketa antara mereka? Kita harap tidak tapi kalau benar, nyawa Najib sebagai Perdana Menteri bak telur dihujung tanduk.

Nasib baik Najib bertindak pantas menangguhkan perlaksanaan SBPA ini dan tidak tunduk kepada pelan asal perlaksanaan SBPA yang dirangka oleh kumpulan KSN dan JPA ini. Sekiranya Najib kekal dengan keputusan bersetuju dengan SBPA ini, Putrajaya cukup mudah jatuh ketangan pembangkang dan Tengku Adnan lari malam kalau PRU13 diadakan hari ini.

Inilah yang sering kita sebutkan bahawa ada tangan-tangan ghaib dalam perkhidmatan awam, dalam agensi-agensi kerajaan yang kononnya cukup dipercayai tetapi dalam masa yang sama menanam racun untuk `membunuh’ Najib serta kepimpinannya secara perlahan-lahan. Mereka inilah yang menjadi agen pembangkang dan pembangkang dalam isu SBPA berdiam diri kerana skim itu menguntungkan mereka kerana mereka yakin 1.4 juta penjawat awam itu akan beralih undi untuk menyokong mereka.

Yang jelas Najib ditipu oleh pegawai-pegawai yang beliau harapkan. Najib diperdaya untuk menerima bulat SBPA sebelum ini tanpa ditunjukan pelaras sebenar gaji yang melibatkan penjawat awam terutama sekali daripada kumpulan Sokongan 1 dan 2. Dan kalau benar Najib ditipu ataupun diperdaya untuk menerima pelarasan SBPA ini, beliau harus mengambuil tindakan kepada mana-mana pegawai yang cuba menjadikan beliau dibenci oleh penjawat-penjawat awam dan mensabotaj pelan transformasi penjawat awam ini.

Sekali terpedaya boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau banyak kali sangat terpedaya, kita sebenarnya bukan pemimpin yang ada kredibliti ataupun intergriti.

P/S:Perkara ini memang benar berlaku dihadapan PB dan patut lah Pak Cik PB seorang penyokong tegar PAS beria-ria menyokong pelaksanaan SPBA ni. Ada udang disebalik batu

4 ulasan:

  1. Bukan setakat SPBA jer..dalam sektor kerajaan juga sudah banyak dasar2 dan perubahan2 yang dilihat tidak wajar sehingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan kakitangan yang benar2 ingin berkhidmat dengan kerajaan. Mohon kerajaan mengkaji kembali perlaksanaan pengambilan pegawai PTD yang banyak menimbulkan pelbagai fenomena pelik dalam perkhidmatan awam.Walaupun ada pegawai PTD yang baik...tetapi lebih ramai yg kurang memuaskan. Harap akademik je hebat..tp banyak x boleh pakai...

    BalasPadam
  2. Saya setuju apa yg dibicarakan. Ada beberapa hal yang menjadi keraguan, diantaranya:- 1. Tidak dijelaskan dgn sejelas-jelasnya kalau k/tgn awam menerima optsyen A/B/C/D 2.Banyak faedah dinikmati oleh Jawatan Atasan 3. Lampiran C berhubung tanggagaji tidak dikeluarkan (k/.tgn awam tidak tahu) 4.Masa yg dipaksa tergesa-gesa utk k/tgn awam menandatangan persetujuan / tidak setuju. KESIMPULANNYA: Transformasi & Trasperasi yg dilaung2kan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abd. Razak tidak diamalkan oleh pihak atasan. Harap YAB PM ambil berat perkara ini dan intai2lah pegawai2 atasan yang tak pro-kerajaan.

    BalasPadam
  3. Siasat dan cari dalang2 yg menyusahkan rakyat ni........lepas tu jumudkan mereka.

    BalasPadam