AUKU yang lantang dikritik dan diharap pemansuhan oleh segelintir mahasiswa yang tidak berfikir panjang tanpa memikirkan kebaikan yang ada dalam AUKU itu sendiri
Dipetik dari Aspirasi Corner
Tetapi bagaimana kalau tiada Seksyen 15 dan larangan tersebut? Banyak yang boleh kita jangkakan. Misalnya, akan wujudlah kumpulan-kumpulan dan pergerakan mahasiswa yang mewakili parti-parti politik di dalam kampus. Kumpulan ini akan bercakap tentang A dan kumpulan yang lagi satu akan membangkang dengan hujah yang lain pula. Lama-kelamaan, apa kesudahannya?
Kita juga tidak dapat menghalang lagi jika parti-parti politik ingin mewujudkan cawangan mahasiswa mereka di dalam kampus. Bayangkan, adanya Pemuda UMNO Cawangan Fajar Harapan, Bakti Permai dan Cahaya Gemilang. Pada masa yang sama, PKR, PAS dan DAP juga mempunyai cawangan masing-masing. Ia akan sama seperti di luar! Lalu, apa lagi yang boleh kita jangkakan?
Ini implikasi-implikasi yang harus timbul sebenarnya. Maka, kita akan melihat keghairahan baru mahasiswa dan mahasiswi di dalam kampus. Lambakan koran, buletin, risalah-risalah politik, kain rentang, poster dan bermacam lagi ‘kemeriahan’ akan menghiasi kehidupan kampus. Inikah yang kita mahu?
Betul jugak apa yang di perkatakan oleh Aspirasi Corner. Bayangkan jika setaip blok kolej penginapan ada cawangan atau cabang parti dan pulak poster-poster dan bendera parti politik bersepah disetiap blok, tak ke haru tu.
Ditambah lagi
Berhentilah jadi mahasiswa yang dangkal dan sempit. Gunakan masa yang singkat ini untuk membina kualiti diri yang sebenar, bukannya menjadi pak turut dan anjing politik yang menyalak tak tentu punca. Kita mahasiswa! Kita harapan negara! Keluarlah dengan kualiti yang didambakan oleh masyarakat, bukannya keluar sebagai sampah masyarakat. Duit rakyat yang kita gunakan ini ada amanah yang perlu kita tanggung. Jangan disia-siakan setiap sen wang itu untuk kepentingan sempit pihak lain!
P/S:PB tak dapat belajar tinggi pun takpe asalkan anak bangsa kita dapat belajar hasil duit rakyat yang diberikan kerajaan kepada mahasiswa. Perlu diingat mahasiswa pewaris generasi bangsa
saya setuju seratus peratus! kepada anak melayu, jangan membabi buta...usaha majukan diri dulu, baru fikir yang lain...
BalasPadamSetuju sangat. Sebab ni la melayu tak maju, bodoh sangat duk memekik melolong, kaum lain berusaha belajar untuk tambahkan ilmu supaya dapat membantu kaum sendiri
BalasPadamMelayu lak? Diperkudakan, didoggystyle kan huhu
SALAM, BANGSA LAIN BEREBUT MALAH TAK RAMAI BERPELUANG MASUK IPTA KERAJAAN, ANAK BANGSA LAIN BEREBUT NAK DAPAT 1ST CLASS DIP, DEG, ANAK MELAYU APA!!! CUKUP MAKAN, SEBAB POLITIK POLITIK TAK HABIS HABIS, SANA TAK BETUL, SINI TAK BETUL SITU TAK BETUL..SUDAH BETUL LAH NAK SEDAR KAN ANAK ANAK BANGSA NI..HEHHEHHHH GERAM BETUL.
BalasPadam