Isnin, 5 Disember 2011

Gempar !!! Selangor bakal ketiadaan air bersih gara-gara pakatan haram


Air merupakan sumber semula jadi dan nadi hidup kepada hidupan di muka Bumi ini. Sedihnya, pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi catuan air sekiranya kerajaan Selangor tidak memberi kerjasama dalam pembinaan loji rawatan air Projek Langat 2.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Kah Fui berkata catuan air tidak hanya membawa masalah kepada pengguna, bahkan kepada sektor industri.

“Kita perlu memastikan projek ini selesai sebelum tahun 2014 dan loji rawatan air yang sedia ada di Selangor tidak dapat menampung air mentah yang disalurkan dari Pahang.”

Beliau juga berkata bahawa projek ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat.

Datuk Seri Peter Chin juga menyatakan bahawa beliau akan terus berbincang dengan kerajaan Selangor mengenai isu ini dan berharap satu jalan penyelesaian akan tercapai.

Menurut beliau lagi, keperluan air di Selangor akan mencapai 4,326 juta liter sehari pada akhir tahun ini tetapi mungkin mencecah 4,625 juta liter sehari berdasarkan pembangunan pesat di Selangor.

“Selangor akan menghadapi kekurangan air sebanyak 299 juta liter sehari bermula pada tahun 2012,” kata beliau lagi. Loji Rawatan Air Projek Langat 2, yang bernilai RM8.65 bilion, telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan air bersih di tiga tempat ini sehingga tahun 2025

P/S: Kalid suruh orang Selangor ni minum air banjir kot.

0 ulasan:

Catat Ulasan