Ahad, 4 Disember 2011

Gempar !!! Pakatan Haram punca Negara bakal bergelap


Projek CAR atau dikenali sebagai 'Central Area Reinforcement telah tergendala lebih 4 tahun,beberapa buah kampung dan taman perumahan di sini mahu kerajaan negeri mengekalkan rancangan asal menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini kerana kerja-kerja untuk laluan melalui Kampung Terentang hanya tinggal dua peratus sahaja untuk disiapkan berbanding kos lebih tinggi yang perlu dikeluarkan jika laluan itu dialih melalui kawasan mereka. berdasarkan penduduk terbabit, kerajaan negeri juga tidak pernah berunding dengan penghuni Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu dan Kampung Sungai Samak yang akan dilalui dengan kabel voltan tinggi TNB itu.

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES)harus memperakui bahawa laluan asal itu adalah yang terbaik dan harus dikekalkan. Ini kerana laluan itu hanya memakan jarak 0.9 kilometer berbanding 7.3 kilometer jika laluan kabel itu dialihkan melalui Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak dan kawasan perindustrian di Batu 17 dan Batu 15 1/2 Rawang.

Laluan baru itu juga melibatkan lebih ramai penduduk berbanding Sungai Terentang yang hanya didiami 40 keluarga dan mereka pula berstatus setinggan, CAR merupakan projek menaik taraf talian voltan daripada 33 kilovolt (kV) kepada 275kV sepanjang 60 kilometer bertujuan menangani masalah gangguan bekalan elektrik di kawasan tengah Semenanjung terutama Lembah Klang. Projek tersebut sepatutnya siap pada 31 Ogos 2 tahun lalu tetapi tergendala disebabkan bantahan penduduk Kampung Sungai Terentang terhadap kerja-kerja menaik taraf talian penghantaran yang melalui kawasan itu.

Kerajaan negeri tunduk kepada desakan DAP dalam isu itu dan akan menjadi isu perkauman. Difahamkan bahawa peningkatan kabel voltan dari 33kV ke 275kV memerlukan menara yang lebih besar dan zon penampan yang lebih luas. Keadaan itu boleh menyebabkan lebih banyak kawasan terpaksa diambil alih oleh kerajaan, yang bermakna akan membabitkan lebih banyak rumah dan keluarga. Penduduk di situ terkilan dengan sikap kerajaan negeri yang membelakangkan kepentingan penduduk di situ yang tinggal secara sah berbanding perumahan setinggan di Kampung Sungai Terentang.


Penduduk di sini tiada saluran bagi menyatakan pendirian kepada pihak atasan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei tidak menyebelahi penduduk Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak dan kawasan perindustrian di Batu 17 dan Batu 15 1/2 Rawang. Adun ini terdesak untuk melaksanakan janji pilihan raya yang lepas kepada penduduk Kampung Sungai Terentang bahawa TNB akan mengubah laluan kabel itu jika beliau menang,

Apa istimewanya penduduk Kampung Sungai Terentang sehingga mendapat pampasan RM5.2 juta tetapi enggan mengambilnya,


Wajarkah kepentingan 30,000 penduduk diketepikan semata-mata untuk menjaga kepentingan penduduk setinggan yang jauh lebih kecil, adalah tidak logik penduduk Kampung Sungai Terentang boleh mempertahankan tempat tinggal mereka sedangkan tanah tersebut sememangnya milik TNB untuk dijadikan laluan kabel tersebut.

Dalam hal ini dilihat kepentingan setinggan yang berbangsa cina diutamakan ,walau pun diberikan pampasan mereka masih berdegil ditambah pula mendapat bantuan oleh DAP dan PKR.

Sumber: KitaGempur.com

P/S:Jangan fikir kepentingan diri sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan