Rabu, 15 Ogos 2012

SUSPEK INI DICARI BAGI MEMBANTU SIASATAN KES BAKAR KEKASIH DI WANGSA MAJU


KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

P/S: Baru 18 tahun dah main bakar kalau dah kahwin macam mana la gamaknya

3 ulasan:

  1. mamat ni ke?
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=197192633733933&set=p.197192633733933&type=1&theater

    BalasPadam
  2. bdk lelaki ni mmg jahat ttpi yg mnjadi prsoalanny, mmne bdk prmpuan ni blh dbenarkn kluar tgh pg buta. bru 16 thn. wajar djadikn pngajaran. wlaupun sdah brkenaln sesama keluarga, itu bknny alasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. mak bapak yg salah tlalu bg kebebasan. Lgpun skolah pon xabes lg

      Padam