Isnin, 5 Disember 2011

Hot !!! Khalid Gagap berjaya menyerlahkan kebanganganya


Hari ini Menteri Besar Selangor dengan bangganya akan membatalkan projek canal city yang dikatakan tidak memberi manfaat kepada rakyat Selangor

Apa itu projek Canal City?

Projek Canal City ialah projek menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat unutk dijadikan tebatan banjir jika berlakunya hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir besar

Menurut Harakah Online

SHAH ALAM, 7 Feb: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu, kerajaan negeri telah membatalkan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat kerana tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Sebelum ini, IJM Land Berhad rakan ekuti projek ini menegaskan hanya komponen projek ini sahaja dihentikan untuk membolehkan rundingan seterusnya diadakan dengan kerajaan negeri.

“Hanya kerja untuk komponen projek ini sahaja diberhentikan,” kata Pengarah Urusan IJM Land Datuk Soam Heng Choon.

Namun hari ini, Khalid mengumumkan projek ini telah dibatalkan.

Khalid berkata demikian di majlis makan tengahari di ibu pejabat Pusat pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di I-City, Seksyen 7 di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali.

Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar . Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro, tanah.

Dalam majlis itu, Khalid juga memaklumkan, kerajaan negeri mengambil semula tanah-tanah seluas lebih 4,000 ekar yang telah diberikan kerajaan negeri terdahulu kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad termasuk hutang-hutang tertunggak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan tengahari bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan dan syarikat perunding yang terlibat secara langsung dengan pelabur-pelabur asing dan tempatan di Selangor.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut mengadakan sesi dialog dengan wakil syarikat perunding selain memaklumkan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memastikan Selangor terus berdaya saing dalam menarik pelaburan asing dan tempatan.

Menteri Besar menasihatkan supaya syarikat perunding tempatan bekerjasama dan produktif untuk mendapatkan tender dari pelabur asing yang berminat membuka kilang atau pusat operasi di negeri Selangor.

Beliau juga menasihatkan syarikat perunding mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan untuk mengelak timbul sebarang masalah dengan pihak berkuasa tempatan yang mungkin boleh menganggu kelulusan bagi sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah, setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi Kerajaan Negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar.

Syarikat perunding yang menghadiri pertemuan ini turut memuji keberkesanan peranan yang dimainkan SSIC dalam membantu mereka sekiranya berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang lain.

Menteri Besar berkata, pihak yang berurusan dengan kerajaan negeri dianggap sebagai pelanggan dan rakan kongsi untuk memajukan lagi ekonomi Selangor dan seharusnya berhak mendapat layanan yang baik.


Baru-baru ini kita dapat lihat yang terjadi di Kajang apabila banjir melanda kawasan itu dan Menteri Besar dengan sempoinya berkata projek berkenaan tidak membawa manfaat kepada rakyat?

Adakah menteri besar mengesa semua rakyat selangor menjadi itik apabila berlakunya banjir dan adakah menteri besar ini seorang yang kaya raya dan mampu membayar pampasan kepada rakyat yang kehilangan harta benda disebabkan oleh banjir?

Tetapi apabila tiba berkaitan projek yang membawa kepada keuntungan berjuta ringgit dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat seperti kondominium 35 tingkat yang bakal dibangunkan diatas padang kompleks PKNS menteri besar kata projek tetap dijalankan walaupun mendapat tentangan dari rakyat sendiri

P/S: Rakyat Selangor mari kita sama-sama usir perompak ini dari bumi Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan