Amboi pantas sungguh Khalid ni sambut Krismas mengalahkan Santa Klaus hahahahaha
Sedikit Petikan dari Sel13
Nampaknya Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendahului pemimpin-pemimpin Melayu-Islam-Bumiputera lain di Malaysia menyambut kedatangan Krismas dan Tahun Baru. Di sebalik titah DYMM Sultan Selangor yang memberi ingat tentang kemurtadan, Khalid Ibrahim dan barisan kepimpinan negeri yang sangat kuat di bawah pengaruh DAP, memilih untuk memastikan sambutan Krismas memberi isyarat yang jelas dan kuat terhadap ingatan DYMM Sultan Selangor dan umat Islam yang menentang aktiviti pemurtadan yang masih giat dijalankan oleh kaum salibin di seluruh Selangor dengan pelbagai cara.
Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim sememangnya adalah musuh umat Islam yang sangat tegar. Segala segi yang dapat menaikkan martabat umat Islam akan diperlekehkan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Dalam kes terbaru, Khalid Ibrahim cuba memastikan bahawa peningkatan tahap pendidikan dan akademik umat Islam di Selangor terhenti atau diperlahankan. Tapak yang diperuntukkan oleh kerajaan terdahulu untuk pembinaan institusi pengajian dan pendidikan untuk kaum Bumiputera, telah dirampas secara sistematik oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Bermula dengan perampasan tanah-tanah millik Yayasan Selangor serta tanah-tanah Yayasan Basmi Kemiskinan untuk tujuan pengkomersialan, kerajaan Khalid Ibrahim sebenarnya tidak memberi ruang langsung kepada mana-mana pihak Islam untuk bernafas, beraktiviti mahupun hidup lebih maju pada masa hadapan.
Tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Khalid untuk membenarkan pemurtadan umat Islam atas nama kebebasan beragama kelihatan jelas apabila kerajaan itu terlibat sepenuhnya dalam kemelut JAIS-DUMC. Malah Khalid Ibrahim tanpa bersembunyi-sembunyi membela DUMC memurtadkan umat Islam dengan tidak membenarkan perkara tersebut diperkatakan oleh barisan Exconya tetapi pada masa yang sama, menyalahkan Hassan Ali, juga salah seorang Exco Selangor yang seringkali menjadi kambing hitam Khalid dan konco-konco DAP yang lain.
Kebencian kerajaan Khalid Ibrahim kepada Islam dan umatnya kelihatan jelas dalam beberapa tindakan yang jelas merugikan umat Islam. Contohnya pembinaan kuil agung Hindu di Seksyen 19 sedangkan kawasan berkenaan penduduknya bermajoriti Islam dan berbangsa Melayu. Begitu juga dengan pembinaan kuil-kuil lain di kawasan umat Islam seolah-olah ingin memberitahu bahawa Selangor telah pun mengamalkan dasar pluralisme, ajaran yang dibawa serta dikembangkan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR di mana Anwar Ibrahim juga merupakan Penasihat Ekonomi Selangor bergaji RM1.
Tidak mustahil, dalam kes sambutan Krismas awal ini, wujud campurtangan Teresa Kok yang begitu tegar semangat Katholik dan misi mubalighnya. Khalid Ibrahim yang diketahui mempunyai pegangan Islam yang sangat diragui, sememangnya akan memberi muka kepada kumpulan yang menentang Islam.
Khalid Ibrahim tidaklah selicik yang disangka. Permusuhan yang ditunjukkan oleh Khalid dan kebenciannya terhadap umat Islam begitu ketara dalam beberapa tindakan yang lain. Sungguhpun Khalid cuba menggambarkan yang dia adalah seorang liberal, tetapi sokongan Khalid kepada puak-puak Kristian terutama sekali golongan pemurtad seperti di DUMC, menunjukkan bahawa Khalid sebenarnya adalah seorang yang sangat merbahaya kepada Islam dan umatnya di Malaysia.
Lebih malang lagi, apabila segala tindak-tanduk serta gelagat Khalid Ibrahim itu, tersembunyi dari pandangan umum kerana tindakan PAS yang menutup serta menyembunyikan kejahatannya, terutama sekali apabila PAS memperkenalkan mereka sebagai parti Islam.
P/S: Erkk Stokin dah beli Tan Sri hahahahaha
SALAM, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, YANG PENTING UNDI
BalasPadamkapir@tapir dia nie....free thinker
BalasPadam