Khamis, 29 Disember 2011

Gempar !!! Benarkah Dato Seri Jamil Khir guna wang zakat?



Terbaca pada sebuah blog pembangkang yang kononnya Dato Seri Jamil Khir telah telah menggunakan duit zakat untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berikut adalah sedikit petikan dari blog tersebut


23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA

Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..


Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Nampak sangat blog pembangkang ni semua kaki paste tak pernah nak baca disini PB uploadkan dokumen yang mengatakan Dato Seri Jamil Khir menggunakan duit zakat









Tetapi MAIWP telah menjelaskan wang zakat yang digunakan telah diselaraskan kembali menggunakan peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk MAIWP atas sebab kesilapan accounting.



Pada perenggan empat jelas menyatakan duit zakat yang digunakan telah diselaraskan dengan peruntukkan dari MAIWP dan telah disahkan oleh Ketua Audit Negara. Jadi sudah tidak timbul Dato Seri Jamil Khir menggunakan duit zakat

P/S:Jangan hanya pandai copy paste tapi tak reti baca

1 ulasan:

  1. nilah masalahnya bila ada 'mulut puaka' yang main nak tuduh saja tanpa tengok kiri kanan konon dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diseleweng untuk tanggong kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail Rabu mengeluarkan kenyataan menafikan berlaku penyelewengan dana zakat seperti didakwa oleh pembangkang.

    Katanya MAIWP menanggung kos guaman bagi tiga responden yang dinamakan dalam tuntutan qazaf Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Selain Jamil dua yang lain ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah penjawat awam.

    "Justeru, adalah menjadi kewajipan MAIWP, sebagai pihak berkuasa agama Islam, untuk menanggung kos pembelaan sebarang tindakan guaman terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

    Beliau menjelaskan MAIWP mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan untuk membayar yuran guaman.

    Sejak 1993 hingga 2011 jumlah yang diterima adalah RM11 juta termasuk RM700,000 pada 2010 dan RM500,000 pada 2011.

    "Tindakan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan punca utama yang mengheret ketiga-tiga responden dalam pertikaian di Mahkamah Syariah, sedangkan tuntutan dan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan adalah tidak berasas sama sekali sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

    "Justeru itu, disimpulkan bahawa keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam akan mengakibatkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan.

    "Tohmahan yang sedang dihadapi oleh responden ketika ini juga boleh membawa kepada pertikaian di mahkamah dan mengakibatkan penggunaan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan umat Islam," katanya

    BalasPadam