Rabu, 21 Disember 2011

Muka Buku Malaysia?


Pelakon, penyanyi, Usahawan dan pengacara terkenal Malaysia AC Mizal telah melancarkan laman web sosialnya yang pertama yang dikenali sebagai MFace.

Petikan Dari KL POS

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Majlis Pelancaran Laman Sosial Pertama keluaran Malaysia MFace berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran puluhan media. Malah program tersebut turut dihadiri 60 artis tempatan bagi menyokong produk keluaran Dato' AC Mizal tersebut.

AC Mizal dalam ucapannya memberitahu, MFace adalah satu usaha beliau dalam membuktikan kemampuan anak Malaysia mengeluarkan produk sendiri yang mampu bersaing dengan produk-produk lain termasuklah Laman Sosial No. 1 Dunia, Facebook.

Mengakui ianya satu langkah yang mencabar, AC walaubagaimanapun mendakwa MFace mempunyai daya tarikan dan kelebihan yang tersendiri dengan penggunaan yang lebih efektif

Rata-rata artis yang hadir turut akan menjadikan MFace sebagai salah satu platform utama perhubungan bersama peminat-peminat mereka. Antara selebriti tersebut adalah Adlin Aman Ramli, Linda Rafar, Azza Elite, Hazama, Ariel, Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Ariel AF7 yang merupakan salah seorang individu yang hampir dengan AC berkata, beliau amat kagum dengan kejayaan AC Mizal sehingga mencapai ke tahap yang tinggi sebegini.

AC kata beliau telah menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk mengorak langkah memajukan diri dan beliau akan mengambilnya sebagai salah satu tanda arah dalam mencapai kegemilangan dalam bidang seni yang diceburi. [VIDEO TEMURAMAH BERSAMA ARIEL]

Reaksi yang sama turut diberikan Azza Elite yang terkejut dengan keberanian beliau mencipta satu Laman Sosial sedemikian dan tidak pernah terfikir akan ada anak tempatan yang mampu melakukannya.

"Azza turut mendoakan kejayaan Abang AC dan akan terus menyokong usaha beliau." katanya.

Majlis Pelancaran MFace telah berlangsung di Double Tree Hotel di sini malam tadi. MFace merupakan produk keluaran Syarikat milik AC Mizal dengan usahasama MBI International, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Laman Sosial MFace boleh mendaftar di http://mface.me/



P/S: PB dah cuba boleh la tapi masih banyak yang perlu diperkemaskan lagi. Apa pun Tahniah kepada AC Mizal

0 ulasan:

Catat Ulasan