Hari ini gua nak bercerita sikit tentang pengalaman gua yang agak ngeri ini. Ceritanya begini, gua pegi bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah terkemuka di antara Petaling jaya dan Subang Jaya. Sedang gua jalan-jalan tiba-tiba perut rasa macam nak melepaskan hajat. Jadi secara tidak langsung gua terus mencari tempat yang dinamakan tandas.
Selepas berlari-lari mencari tempat tujuan (dah tak tahan sangat ni) gua pun jumpa lah tempat yang dihajati. Apa lagi tanpa berfikir panjang gua terus masuk dan melepas hajat yang terpendam sebentar tadi.
Selesai sahaja pelepasan hajat tadi tiba-tiba baru gua terperasan tandas tu takde paip air, ahh masak tetapi kadang-kadang tandas yang tak paip akan ada satu bidet air kat tempat cangkung tu untuk korang cuci.
Tetapi sekali lagi menghampakan dalam tandas tersebut yang ada hanya tisu sahaja. Aiseyman gua dah pening kepala macam mana ni?? Nak tak nak terpaksa la gua pakai tisu tu untuk operasi pembersihan (geli geliman dah gua ni)
Kerana terasa geli geliman gua terus melintas jalan menaiki jejantas untuk ke masjid di seberang jalan. Alhamdulilah dapat jugak gua membersihkan diri dengan sempurna.
Gua pelik shopping kompleks besar tapi TANDAS TAKDE PAIP AIR apa ke hal ni yob
Demi mendapatkan kepastian gua try google dan terjumpa artikel ini
KUALA LUMPUR: Pengusaha hotel dan pemilik bangunan yang gagal mematuhi pekeliling Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mereka menyediakan kemudahan membersihkan diri khususnya bagi pengguna beragama Islam boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.Artikel ini ditulis pada 2007 dan PBT sepatutnya memantau tandas-tandas awam terutamanya dikawasan-kawasan tumpuan awam. Jika pemilik bangunan gagal mematuhinya saman
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata pengusaha berkenaan juga boleh dikenakan denda tambahan RM500 bagi setiap hari selepas disabitkan, jika mereka gagal mengubah keadaan itu.
"PBT telah mengeluarkan notis arahan kepada pemilik bangunan dan hotel sedia ada bagi menyediakan kemudahan kebersihan diri.
"Sekiranya denda masih tidak berkesan, pihak PBT boleh menggantung lesen mereka," katanya menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Terdahulu, Lau berkata pihaknya telah mengeluarkan pekeliling kepada PBT yang mengarahkan semua hotel dan bangunan lain supaya menyediakan kemudahan seperti paip air di tandas pada Jun 2003.
"Bagi hotel yang dibina selepas 2003 tidak ada masalah menyediakan kemudahan itu, cuma bagi yang dibina sebelum itu sahaja yang masih ada masalah," katanya.
Beliau berkata kementerian itu juga mengarahkan PBT mewujudkan bahagian pemantauan dan pengurusan untuk memastikan pekeliling itu dipatuhi. Mstar
P/S: Kita orang Islam perlu bersuci jadi jangan jadikan isu ini sebagai perkara remeh
0 ulasan:
Catat Ulasan