Rabu, 6 Jun 2012

Wajib Baca !!! PTPTN tangguh pinjaman untuk Unisel (Sudah bersediakah kerajaan Selangor untuk buat kebajikan)


PTPTN dalam kenyataannya hari ini memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada Unisel buat sementara waktu

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memutuskan untuk menangguhkan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) buat sementara waktu.
PTPTN dalam kenyataan media pada Rabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai kerajaan negeri seperti Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) bersedia menyediakan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekali gus menolak pinjaman PTPTN.

"PTPTN percaya terhadap kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma. Oleh itu, pinjaman PTPTN di kalangan pelajar tidak diperlukan," kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sementara itu, PTPTN berpendapat, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa peminjam supaya tidak menjelaskan bayaran balik akan menjejaskan keupayaan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di Unisel.

Kata kenyataan itu lagi, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membuat bayaran balik sehingga menjejaskan kemampuan memberi pinjaman kepada pelajar baru.
"Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan Unisel mengenai perkara ini," demikian menurut kenyataan itu.

P/S: Next sem sapa mau tanggung wei.. Suh Khalid Gagap tanggung ye hahahaha

1 ulasan:

  1. Bagus juga tindakan itu, sekurang-kurangnya kerajaan Negeri Selangor boleh membuktikan yang desakan Pakatan Rakyat supaya memberi pendidikan percuma bukan setakat cakap cakap politik semata-mata. Laigi pun Selangor memang negeri yang terkaya di Malaysia kan.

    BalasPadam