Isnin, 11 Jun 2012

Gempar !!! Najib buat pilihanraya waktu haji demi selamatkan BN?


Lawak bangang PAS telah sampai ke kemuncaknya apabila Presiden PAS mengeluarkan kenyataan BN akan buat pilihanraya pada musim haji demi bagi menjamin kemenangan BN pada PRU ke 13

Apa benda yang anda merepek ini? Kalau mengikut kuota haji tahun lepas cuma 28000 orang jemaah manakala sebelum itu kuota rasmi cuma 26000 jemaah saja. Adakah semua jemaah haji itu adalah ahli PAS?

Jika semua yang pergi itu ahli PAS belum tentu undinya luak kalau dibahagikan mengikut negeri, parlimen dan DUN.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.

Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi.

Anggota parlimen Marang itu berkata, Umno sebagai parti tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung membersihkan sistem pilihan raya sebelum pengundian.

Abdul Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas program "Munajat dan Himpunan Hijau ke Putrajaya" di ibu pejabat PAS Kedah di Kota Darul Aman hari ini.

Kemudian pada 5 Jun lalu Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahlull-ahlul PAS supaya menangguhkan haji untuk tahun ini dan fokus kepada jentera pilihanraya PRU 13.

SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.

“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah. 

“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya
P/S: PAS dah kekurangan ahli ke atau ramai dah masuk DAP kan DAP ganti PAS

Reaksi:

1 ulasan:

  1. BAGI TAHU KAT PAS, BN MEMERINTAH SEKARANG NI, YANG PERGI HAJI 90% ORANG UMNO, HANYA 2% ORANG PAS DAN 8% RAKYAT ATAS PAGAR, ITU MAKNANYA BN BERANI DAN TAK TAKUT KALAH DEMI AGAMA, HAJI DIUTAMAKAN, ORANG UMNO DISERU WALAUPUN PRU 13 KENA MUSIM HAJI MEREKA DIPERSILAKAN MENGADAP ALLAH S.W.T

    BalasPadam