Khamis, 7 Jun 2012

Xklusif !!! Pemansuhan PTPTN keatas Unisel ditarik balik bukti kerajaan negeri Selangor tidak mampu berikan pendidikan percuma


Atas sifat perikemanusiaan PTPTN menarik balik sekatan pinjaman keatas Unisel kerana ketidak mampuan kerajaan Selangor untuk menanggung kos pembelajaran pelajar Unisel.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pembekuan kemudahan pinjaman agensi itu kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel) ditarik atas alasan kurang kemampuan kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan pendidikan percuma.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa PTPTN menarik semula pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Unisel tengahari, setelah perbincangan dibuat bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.SH

Penarikan tersebut membuktikan PTPTN masih ada budi bicara walaupun dihentam teruk oleh pakatan haram yang melaung-laungkan pendidikan percuma walaupun pada hakikatnya mereka sendiri TIDAK BERKEMAMPUAN untuk melaksanakannya.

P/S: Jangan pandai cakap je kalau tak mampu buat cara tak mampu.

0 ulasan:

Catat Ulasan