Sabtu, 16 Jun 2012

Wajib Baca !!! England pernah jadi Republik gara-gara revolusi





Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas.



Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa.. tetapi hanya memerintah selama setahun.


Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini

Walaupun sistem beraja berjaya di pulihkan pada 1660 tetapi tiada kedudukan tetap dalam pemerintahan sehingga lah Glorious Revolution pada tahun 1688 melalui Bill of Right iaitu parlimen yang akan menentukan siapa yang akan menjadi Raja.

Berbeza dengan sistem raja perlembagaan di negara kita

Majlis Raja-raja


Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT

Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan
 Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.

Jawatan Yang Di Pertuan Agong dilakukan secara pengiliran dan juga persetujuan Majlis Raja-raja

Oh ye lagi satu rasanya takde media pembangkang nak letak ni kot.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyerahkan replika cek RM 1 Juta kepada Majlis Agama Islam Johor.Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyerahkan replika cek RM 1 Juta kepada Majlis Agama Islam Johor.

 
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini membayar zakat bagi tahun 2010 sebanyak RM1 juta kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Cek zakat itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor merangkap Pengerusi MAIJ, Dato’ Zainal Abidin Osman di Istana Besar, di sini.

Majlis diikuti dengan bacaan doa penyerahan zakat oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Mohd Tahrir Samsudin.

Pada majlis yang sama, Sultan Ibrahim turut menerima serahan zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji Negeri Johor bernilai RM3,243,361.22 yang diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Zakat berkenaan akan diagih-agihkan kepada kumpulan asnaf-asnaf yang layak menerima di seluruh negeri ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Permaisuri, Raja Zarith Sofeah Sultan Idris Shah dan Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

 P/S: Korang agak-agak Nizar torchlight ada bayar zakat tak?

0 ulasan:

Catat Ulasan