Jumaat, 22 Jun 2012

WAJIB BACA !!! KERAJAAN BERKEBAJIKAN ATAU KONGSI KEBAJIKAN UNTUK KERAJAAN SELANGOR

Gua agak tertarik dengan muka depan surat khabar propaganda kerajaan Selangor yang gua jumpa kat depan masjid tadi.

Muka depan dia dah best dah

RM 8.5 Juta untuk cat semula pangsapuri seluruh Selangor

Baca punya baca macam mana lah pelaksanaan skim yang dipanggil ceria ni.Betul kaa Kerajaan Selangor nak cat semua pangsapuri kat seluruh Selangor ni. Bagus MB Khalid ni ini baru kebajikan

Gua pun cari lah apa benda skim Ceria ni... Sekali apa yang gua jumpa bukan la berita yang agak gembira

SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri)

 

KONSEP
 
Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri Selangor dan pemilik berdaftar / pembeli bangunan strata seperti berikut:
 
a)    Rumah Pangsa Kos Rendah
       Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 80%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    : 20%
 
b)    Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
       Pembahagian kos akan diberitahu kemudian. Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 60%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    : 40%
 
KELAYAKAN
 
a)    Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
       Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
        i)    membaiki bumbung
        ii)   pembentungan
        iii)   membaiki lif
        iv)   mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
        v)    membaiki/membina rumah sampah
        vi)   sistem pencegahan kebakaran.
 
b)   Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.
 
(c) Pangsapuri mesti mempunyai JMB/MC/Persatuan Penduduk.
 
(d) Kedudukan kewangan yang memuaskan.

Gua sendiri duduk kat pangsapuri kos rendah kalau penduduk kena bayar 40% dari kos keseluruhan ini bukan kebajikan untuk rakyat tapi kebajikan untuk kerajaan negeri.

Contoh kalau kos pembaikan dianggarkan sebanyak 150 ribu

40% dari 150 ribu ialah 60 ribu dan dibahagikan kepada 96 biji rumah = RM 625

Sebuah rumah perlu membayar RM 625 itu baru kalau kos 150 ribu kalau lebih dari itu lagi banyak penduduk kena bayar.

Kalau ada yang berkata ala baru 600 ringgit ... 

Gua sendiri pernah kerja dengan syarikat pengurusan pangsapuri owner rumah nak bayar 50 ringgit duit penyelengaraan pun payah. Apa tah lagi nak bayar satu amaun yang tinggi untuk baik pulih pangsapuri.

Bagi yang menyewa pulak mereka takkan rasa berbaloi untuk bayar sebab itu bukan rumah mereka cukup masa boleh angkat kaki.

P/S: Kebajikan untuk negeri Selangor rakyat kongsi bayar
 

0 ulasan:

Catat Ulasan