Ahad, 3 Jun 2012

Wajib Baca !!! SPRM perlu siasat isu penukaran status tanah padang PKNS SS7 Kelana Jaya





SPRM digesa supaya menyiasat isu berkaitan penukaran status tanah dari kawasan hijau ke tanah komersial


LUMPUR, 3 Jun 2012 - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menyifatkan kerajaan negeri pimpinan PKR cuai dalam hal ehwal pentadbiran agensi mereka sendiri.

Beliau berkata demikian setelah terdapat pencanggahan besar dokumen dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang menyaksikan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez mahu satu siasatan dijalankan dengan segera jika Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor serta Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya gagal tampil memberikan jawapan yang munasabah.


Sebelum itu, John Fernandez mempertikaikan berlakunya percanggahan diantara dokumen RTPJ 2 milik Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan dokumen milik Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membabitkan fakta-fakta yang melibatkan padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kedua-dua dokumen tersebut saling bercanggah diantara satu sama lain apabila padang kompleks sukan PKNS didakwa sudah diwartakan sebagai tanah komersil namun menurut dokumen milikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, padang tersebut masih diletakkan sebagai kawasan rekreasi.


Jacob George memberitahu pembangunan negara akan mundur ditangan pembangkang memandangkan pentadbiran berskala kecil seperti isu padang kompleks sukan PKNS gagal dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan negeri.


"Bagaimana boleh terjadi percanggahan ini?

"Mengapa tiada inisiatif mahupun perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyeragamkan RTPJ 2 ini? Adakah terdapat kepentingan mereka dalam percanggahan itu?," katanya.

"Amat memalukan jika kerajan negeri tidak berupaya mentadbir hinggakan tidak tahu apa yang berada di 'tangan kiri' dan apa yang berada di 'tangan kanan'.

"Saya mahu melihat apa pula alasan yang akan diberikan diatas kegagalan dan percanggahan ini," tegas Jacob George. KLPOS


Percanggahan yang berlaku dilihat sikap kerajaan Selangor yang berniat agar projek ini diteruskan juga walaupun mendapat bantahan dari penduduk disekitar SS7 dan kawasan berdekatan.


Dakwaan penduduk jika padang ini dibangunkan pelbagai masalah akan timbul dan perkara yang paling utama ialah kesesakkan jalanraya ketika waktu puncak yang sering dihadapi oleh penduduk kawasan sekitar.

Padang itu juga adalah pusat latihan dan pusat riadah bukan sahaja kepada penduduk SS7 tetapi juga penduduk dikawasan luar.

P/S: Adakah ini hasil dari negeri kebajikan negeri Selangor SELANGORKU PUNYA

0 ulasan:

Catat Ulasan