Penduduk di Lembah
Klang terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bergantung
kepada 33
loji rawatan yang beroperasi untuk membekalkan air di ketiga-tiga
kawasan ini.
Dalam konteks ini, peranan yang perlu dimainkan oleh pengendali loji
rawatan
air seperti Puncak Niaga, Splash dan Konsortium Abass menjadi semakin
mencabar
bagi memastikan pengeluaran loji-loji mereka mencukupi untuk membekalkan
air
kepada 7 juta pengguna. Kebanyakan loji rawatan air utama yang
beroperasi
melebihi kapasiti reka bentuknya. Misalnya loji rawatan air Sungai
Langat yang
reka bentuk kapasitinya adalah 386 juta liter sehari (JLH) beroperasi
447.42
JLH iaitu melebihi 15.9 peratus (%) daripada keupayaan sebenarnya.
Demikian
juga dengan loji rawatan air Sungai Semenyih yang kapasiti reka
bentuknya 546 JLH
telah beroperasi pada tahap 665.92 JLH iaitu melebihi 22%.
Semua ini berikutan
pertambahan permintaan air yang meningkat pada kadar 3.5% setiap tahun.
Jika
keadaan ini berterusan tanpa penaiktarafan atau penyelenggaraan yang
rapi,
dikhuatiri loji-loji ini akan mengalami tekanan akibat beban pengeluaran
dan
boleh menyebabkan ia rosak pada peringkat-peringkat tertentu dan
seterusnya
mengakibatkan bekalan air terputus. Pertambahan jumlah penduduk,
pembangunan
kawasan-kawasan perumahan dan perindustrian baru dan sebagainya banyak
menyumbang ke arah itu. Situasi ini jelas menunjukkan jumlah bekalan air
bersih
yang semakin banyak diperlukan untuk menampung keperluan yang meningkat
ini. Dalam
hal ini, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan bekalan air
kepada
pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu Syabas
sudah
pasti berhadapan tekanan yang bukan sedikit untuk mencapai tahap
perkhidmatannya yang terbaik kepada pengguna disebabkan kekangan
tersebut.
Hari ini, jumlah
permintaan air terawat adalah sebanyak 4,219 JLH atau hampir sama dengan
jumlah
yang mampu dibekalkan, iaitu 4,326 JLH. Ini menjadikan kapasiti rezab
hanya
pada kadar 2.47%. Dengan pembangunan yang telah dijangkakan, kemungkinan
berlaku masalah kekurangan bekalan air pada 2014 tidak dapat dinafikan.
Senario
ini membawa kepada keadaan di mana sesetengah kawasan di Selangor, Kuala
Lumpur
dan Putrajaya mengalami kekurangan bekalan air bersih terutamanya
apabila
berlaku sebarang gangguan kepada bekalan ataupun semasa penggunaan
puncak. Beberapa
kawasan dikenal pasti sebagai kawasan water stress terutama yang
terletak di
lokasi berpenduduk padat. Walaupun bekalan air disalurkan ke kawasan ini
dengan
kapasiti sedia ada sepenuhnya, tetapi keseluruhannya digunakan bagi
memenuhi permintaan
harian.
Walaupun kebanyakan
loji rawatan beroperasi melepasi kapasiti reka bentuknya, tetapi masih
ada loji
rawatan yang beroperasi di bawah kapasiti sebenar. Sebagai contoh, loji
rawatan
air Sungai Rasa yang berkapasiti 250 JLH hanya beroperasi ditahap
pengeluaran
138.71 JLH sahaja. Walaupun pengeluaran loji ini boleh dipertingkatkan
namun
loji rawatan ini tidak dapat membantu membekalkan air ke kawasan water
stress
disebabkan tiada jajaran paip untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan
tersebut.
Ironinya, loji rawatan air Sungai Rasa ini terletak di utara Selangor
sementelahan kebanyakan kawasan water stress terletak di kawasan Lembah
Klang
dan selatan Selangor. Justeru sistem rangkaian agihan paip perlu dinaik
taraf.
Pun begitu kelulusan pihak berkuasa perlu ada untuk kerja kerja ini
dilakukan
oleh pembekal air, terutama sekali apabila Perbelanjaan Modal (CAPEX)
masih
dibekukan sehingga kini.
Kesan kepada
pembangunan
Kita sedia maklum
bahawa negara sedang menjalani proses transformasi di mana usaha-usaha
sedang
giat dijalankan untuk memastikan Malaysia mengalami arus pembangunan
mapan dan
terancang. Namun usaha-usaha ke arah pembangunan secara fizikal,
termasuk penarikan
pelaburan asing hingga ke arah memastikan tahap kehidupan yang
berkualiti tidak
akan terkesan jika kemudahan sepenting air tidak boleh disediakan.
Berdasarkan
tiga faktor utama yang dinyatakan, kita tidak boleh menolak kenyataan
bahawa
krisis bekalan air boleh berlaku malah kesannya telah dirasai di Lembah
Klang.
Awal tahun ini satu gelombang krisis air peringkat pertama melibatkan
empat
daerah telah berlaku melibatkan Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan
sebahagian Petaling sehingga beberapa hari akibat penyusutan kolam-kolam
perkhidmatan dalam tempuh yang singkat akibat kadar penggunaan tinggi.
Dalam situasi
tersebut walaupun loji-loji rawatan telah meningkatkan pengeluaran ke
tahap
maksimum, namun peningkatan paras kolam amat perlahan. Situasi ini telah
memberikan kesan secara langsung terhadap projek projek pembangunan
baru.
Akibat senario tersebut, dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012,
sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan oleh Syabas
berikutan
bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia
ada. Pada
masa ini kawasan-kawasan seperti di Kuala Lumpur, Petaling dan Klang
sering
menghadapi masalah kekurangan air atau tekanan rendah kerana
kawasan-kawasan
ini dibanjiri industri dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai.
Bayangkan sekiranya
situasi ini berterusan sudah pasti segala perancangan pembangunan akan
terencat
dan memberi implikasi bukan sedikit kepada sosioekonomi di negara ini.
Apatah
lagi Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan hab ekonomi negara ini. Apa
yang
dikhuatiri pengguna yang terpaksa berdepan dengan masalah ini sekiranya
tiada
tindakan proaktif diambil. Bila situasi ini terjadi, apakah negara ini
masih
gah sebagai destinasi pelaburan terulung? Apakah kualiti hidup yang
diuar-uarkan masih relevan dan realiti? Apakah Malaysia yang mempunyai
pelbagai
pencapaian di pentas dunia masih tergapai-gapai mengendalikan isu
keperluan
asas? Selepas gelombang pertama krisis dirasai pada awal tahun ini,
gelombang
kedua krisis bekalan air di kawasan-kawasan yang tersenarai telahpun
berlaku
dan ini boleh lebih memudaratkan jika projek projek pembangunan di
kawasan-kawasan tersebut diteruskan. Maka tindakan tidak meluluskan
pembangunan
di kawasan-kawasan tersebut merupakan satu tindakan perlu untuk
memastikan
bekalan air yang berterusan.
Langkah penyelesaian
Mengatasi situasi
seperti ini memerlukan komitmen semua pihak dan masing-masing perlu
memainkan
peranan dengan berkesan. Ia berbalik kepada pengurusan bekalan air
secara
pendekatan holistik. Sumber air perlu dikawal daripada pencemaran selain
memastikan ia mencukupi tanpa bergantung semata-mata kepada faktor
cuaca. Tanggungjawab
ini bukan sahaja terletak di bahu pihak kerajaan mahupun agensi-agensi
yang
dipertanggungjawabkan seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber
Asli,
Lembaga Urus Air Selangor, pengendali loji dan Syabas semata-mata. Lebih
daripada itu ialah sikap orang ramai yang perlu menjaga sungai daripada
pencemaran. Ini penting untuk menjamin kelangsungannya.
Selain itu peningkatan
kapasiti pengeluaran air terawat perlu dilakukan dengan menaik taraf
segala
infrastruktur pembekalan air termasuk loji loji rawatan dan sistem
agihan iaitu
jajaran paip dan connectivity. Penambahan loji rawatan adalah antara
usaha
berkesan yang perlu disegerakan termasuklah pembinaan Loji Rawatan Air
Langat
Dua yang masih tertangguh pembinaannya. Semua usaha usaha ini melibatkan
kos
yang tinggi dan memerlukan kelulusan pihak berkuasa sama ada Kerajaan
Pusat
mahupun negeri. Dalam konteks ini, penyelesaian segera isu isu yang
masih
tertangguh termasuk penstrukturan semula industri air di Selangor wajar
diberi
perhatian serius. Sehingga persefahaman dan persetujuan di antara
kedua-dua
pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan pusat dicapai dan
dimuktamadkan, situasi
pembekalan air di negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya dikhuatiri
akan
terus terbelenggu.
Tan Sri Rozali Ismail
Pengerusi Eksekutif
Puncak Niaga Holdings Berhad
Pengerusi Eksekutif
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
P/S: Jika Khalid gagap masih degil tak mahu bekerjasama dalam Loji Air Langat 2 alamatnya rakyat Selangor tak mandi pagi la lepas ni
RAKYAT SELANGOR YANG NAK MATI KERING, UNDI LAH PAKATAN HARAM
BalasPadam