Ahad, 3 Jun 2012

Gempar !!! Isu derma highway nama pada no akaun tidak sama dengan apa yang dipaparkan

Pelik dan hairan apabila no akaun yang dipaparkan bagi derma lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai adalah berlainan dari apa yang dicanangkan

SHAH ALAM: Isu bersabit ketelusan pentadbiran PAS Kelantan dibangkitkan apabila timbul kekeliruan berhubung status akaun Bank Islam syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd yang didaftarkan di atas nama syarikat lain.

Kerajaan pimpinan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu pada bulan lalu melancarkan tabung wakaf projek Lebuhraya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) meminta sumbangan rakyat supaya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tersebut.

Namun rakyat dikejutkan setelah mendapati nama yang didaftarkan ke atas nombor akaun berkenaan adalah Rowstead System Sdn Bhd.



Kepimpinan PAS yang dihubungi seolah-olah cuba mengelak untuk menjawab persoalan itu malah menunding jari ke arah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersabit isu berkenaan.

"Memang betul ada akaun bank yang disediakan untuk mengutip derma, tetapi saya tidak ingat butir-butir, jadi untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Kuala Krai Hatta Ramli yang enggan memberi penjelasan lanjut.

AntaraPos.com turut menghubungi Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar untuk mengetahui status akaun tersebut namun jawapan yang diberikan tidak membantu.

"Untuk maklumat yang sah, terbaik adalah hubungi ahli Exco Datuk Husam kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab untuk projek ini," kata beliau.

Justeru cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Husam menemui jalan buntu kerana beliau masih gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Untuk rekod, Rowstead System Sdn Bhd pernah diheret ke mahkamah dalam kes perjanjian jualan saham pada April 1999.

Kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat KK-KB sepanjang 73 kilometer yang dianggarkan bernilai RM 1.8 bilion.

Nik Aziz mendakwa projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah ditangguhkan oleh kerajaan Pusat hampir 26 tahun.

Malah Nik Aziz berkata projek tersebut antaranya turut menggunakan sumbangan wang daripada rakyat selain dana kerajaan negeri.

Usaha tersebut mendapat kritikan banyak pihak kerana PAS seolah-olah membebankan rakyat di negeri itu.KL POS

P/S: Derma untuk lebuhraya sapa pakai motor dengan tak lalu highway tu pun kena derma.

Reaksi:

2 ulasan:

  1. kalau siap pun highway tu nanti (kalau siap), sapa nak maintain highway tu..ingat nak maintain highway murah agaknya..

    BalasPadam
  2. stakat janji org PAS ape yg nk dihairankn....da 20 taun bru nk bina haighway....porahhhhhh

    BalasPadam