Isnin, 18 Jun 2012

Wajib Baca !!! Krisis Air Selangor semakin meruncing, Khalid Gagap nak korek air bawah tanah?


Ketika kerajaan negeri Selangor sibuk dengan penstrukturan semula pengurusan air, hari ini Syabas telah mengesan tahap simpanan air terawat berada pada tahap yang rendah dan berlaku secara drastik.

PETALING JAYA: Selepas jerebu, berjuta-juta isi rumah di Selangor mungkin menghadapi masalah kekurangan air yang lebih serius.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengesan tahap penyimpanan air terawat yang lebih rendah yang berlaku secara drastik di loji penyimpanan air di negeri ini akibat cuaca panas berterusan.
Loji simpanan air merupakan empangan utama di mana air yang telah dirawat disalurkan kepada pengguna.

Takungan air didapati rendah di Semenyih dan Langat dan peningkatan permintaan air pada musim kering masa kini boleh menyebabkan bekalan air dipotong di Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Sepang.
Syabas juga telah dimaklumkan bahawa pengeluaran air yang dirawat di kesemua 33 loji rawatan di negeri ini pada Sabtu lalu adalah yang tertinggi dengan kadar 4,4059 juta liter sehari, walaupun mengikut pelan sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Antara kawasan yang dijangka akan menghadapi gangguan bekalan air dan tekanan air rendah di Kuala Lumpur ialah Taman Maluri, Taman Angsana Hilir, Kampung Pandan, Taman Segar dan Taman Taynton View.
Di Hulu Langat, lokasi jangkaan termasuklah Sungai Besi Indah, Bukit Belimbing, Juara Jaya, Saujana Impian, Beranang, Bukit Semenyih, Sungai Tekali, Selesa Jaya, Taman Utama, Alamsari, Balakong, PKNS Beranang dan Kampung Baru Semenyih.
Masalah kekurangan juga dijangka berlaku di Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Desa Petaling dan kebanyakan bahagian dalam Seksyen 52 di daerah Petaling bersama-sama dengan IOI Serdang di daerah Sepang.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata sebanyak 42 lori tangki air sudah bersiap sedia untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas.
"Kami juga akan memantau keadaan dan memberitahu orang ramai mengenai status terkini bekalan," katanya.

Abdul Halem berkata disebabkan cuaca kering dan panas dijangka berlarutan sehingga September, pengguna perlu menggunakan air secara bijak dan memastikan bahawa tiada pembaziran.
"Kami juga berharap pengguna tidak berbuat apa-apa yang boleh mencemarkan sungai-sungai supaya air bersih dapat dibekalkan secara berterusan," katanya.
Mereka yang mempunyai pertanyaan atau aduan boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL) di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari, jauh melebihi negara jiran di rantau ini.

Singapura menggunakan 154 liter (dan pelan yang lebih rendah kepada 147 liter menjelang 2020) manakala warga Thai menggunakan 90 liter air.
Penstrukturan semula air yang diwar-warkan oleh kerajaan Selangor dikatakan dapat memastikan pengedaran air bersih dengan lebih cekap,

Tetapi,

Mampukah kerajaan Selangor yang dikatakan mampu mengawal pengedaran air dengan cekap dan berkesan mampu melaksanakan perkara tersebut? Antara faktor utama.

1.Pengantian paip-paip air lama ribuan kilometer yang telah usang penyebab ketidakcekapan pengedaran air (paip bocor dan merekah)
2.Kecurian dan pemasangan paip-paip haram.


Dan lagi satu program air percuma hanya retorik kerana pangsapuri dan flat yang menggunakan meter pukal tidak mendapat seperti apa yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor.

P/S:Nak korek Selangor ni untuk cari air? Pasir pun dah takde air pun belum tentu ada.


0 ulasan:

Catat Ulasan