Selasa, 26 Jun 2012

GEMPAR !!! KRISIS AIR MAKIN MERUNCING KHALID GAGAP BUAT APA ???


SHAH ALAM - Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd Tan Sri Rozali Ismail berkata pihaknya akan berjumpa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) secepat mungkin untuk membincangkan pelan tindakan bagi menghadapi krisis air di Selangor.

Dua anak syarikat Puncak Niaga, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd bertanggungjawab merawat air mentah di Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) merupakan syarikat tunggal yang membekalkan air terawat di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.

Rozali berkata beliau sendiri bersama Syabas dan Puncak Niaga akan bermesyuarat dengan SPAN bagaimana untuk memastikan bekalan air mencukupi termasuk langkah jangka pendek dan panjang terutama jika cuaca kering sekarang ini berlarutan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa terbuka dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk berbincang mengenai masalah air dan Puncak Niaga bersedia untuk berkongsi data serta maklumat mengenai air di Selangor termasuk dengan badan-badan bukan kerajaan.

Puncak Niaga tidak mahu dipersalahkan pada masa hadapan oleh orang ramai jika berlaku krisis air kerana didakwa tidak berkongsi maklumat mengenai keadaan bekalan air di Selangor, katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Kumpulan Puncak Niaga di sini hari ini.
 
Beliau berkata krisis air di Selangor telah berlaku dalam 'skala kecil' dan pelan tindakan itu perlu dibincang untuk menghadapi krisis air yang lebih besar seperti pada 1998.

Kekurangan bekalan air akan memberi kesan kepada ekonomi Selangor kerana projek-projek perumahan dan projek-projek pembangunan baru tidak dapat dilaksanakan, katanya.

Ditanya mengenai perkembangan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor, Rozali berkata setakat ini tiada kemajuan dalam rundingan yang menghadapi jalan buntu itu.

"Saya harap dapat diselesaikan dengan baik dan teratur bagi kepentingan semua termasuklah pemegang saham majoriti atau minoriti kerana mereka telah melabur," katanya.

P/S: Khalid lebih suka air bawah tak buat air terawat dari loji macam ala-ala new water...

1 ulasan:

  1. ASSALAM, MB DAN MAMAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR JAGA AIR SATU NEGERI PUN TAK MAMPU NAK BUAT, MACAM MANA NAK BAGI JAGA NEGARA. TAK BOLEH DIPERCAYAI.

    BalasPadam