Jika anda berjalan-jalan di sekitar kawasan -kawasan di Selangor anda akan terjumpa paten papan tanda berwarna biru dan bertulis pelbagai propaganda dalam usaha menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.
Tindakan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang mendirikan papan tanda hanyalah sekadar untuk mengaburi rakyat bagi menutup kegagalan mereka dalam melaksanakan serta menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Senator Datin Paduka Norhayati Tan Sri
Onn menyifatkan apa yang dilakukan adalah untuk menutup kelemahan mereka
berikutan kegagalan dalam melaksanakan tugas sebagai pentadbir negeri
kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh mereka sejak berkuasa
di Selangor.
“Kalau sekadar meletakkan papan tanda tidak membawa sebarang makna,
banyak lagi perkara yang tidak ditunaikan oleh mereka sejak perintah
Selangor, itu semua pembaziran untuk kaburi mata rakyat.
“Rakyat Selangor bijak dan tidak akan terpedaya dengan apa yang
dilakukan oleh mereka, setakat papan tanda tidak memberi sebarang
perubahan. lebih baik digunakan kos papan tanda itu untuk kebaikan
rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Klang berkata, apa yang berlaku itu
menunjukkan kerajaan negeri cuba mempromosikan diri mereka apabila
menyedari sokongan rakyat kini telah berubah berikutan kegagalan sebagai
kerajaan negeri.
Menurutnya, tidak guna memasang papan tanda di seluruh Selangor jika
mesej yang cuba disampaikan itu seperti apa yang digambarkan kerana apa
yang dipaparkan itu adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan
sebelum ini contonhnya seperti mempromosikan sesuatu tempat yang menjadi
kunjungan ramai.
“Contohnya seperti di Kuala Selangor, mereka cuba mempromosikan kawasan
berkenanan sebagai kawasan nelayan untuk orang ramai menikmati ikan
segar, sedangkan perkara itu sudah lama diketahui bukan setakat rakyat
Selangor malah pelancong dari luar.
“Begitu juga dengan papan tanda air percuma, sedangkan banyak janji yang
masih tidak tertunai dalam tempoh berkerajaan selama lebih empat tahun
berbanding dengan Barisan Nasional yang banyak membela nasib rakyat
melalui pelbagai insentif serta bantuan yang disediakan untuk rakyat,”
katanya.
Selain itu kos perbelanjaan membina papan tanda ini bernilai hampir RM600,000 dilihat sebagai satu pembaziran dan sepatutnya wang rakyat negeri Selangor di gunakan untuk pembangunan dan dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat Selangor.
P/S: Selangorku penuh papan tanda
khalid ibrahim & kuncu2nya mmg PELAKON2 UTAMA dlm ponografi mreke nie.Ini la kje222222 Oposition palaotakauuuuuuu......xgti nk tdbir, lpas jwtn kmu....mnyusahkn rkyt je...
BalasPadamAPA NAK KESAH, SELANGOR NEGERI KAYA, BANYAK KRONI BOLEH IDUP SUPPLY PAPAN TANDAN JER.
BalasPadam