Rabu, 20 Jun 2012

GEMPAR !!! NIK AZIZ BENGANG HUSAM HIGHWAY BAWAK GENG SYIAH MASUK KELANTAN


Husam Musa atau kini di Kelantan beliau dikenali sebagai Husam Lebuh Raya merupakan individu yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri Kelantan.

Lain tugas yang diberi lain yang beliau buat.

Sejak kebelakangan ini beliau lebih galak membawa syarikat-syarikat luar negara ke Kelantan untuk mengadakan pameran dan seterusnya mengaut wang orang-orang Kelantan dan bawa pulang ke negara mereka. Sepatutnya tugas Husam adalah membawa wang atau pelabur ke Kelantan bagi merancakkan ekonomi negeri. Namun apa yang dilakukan beliau sebaliknya.

Beberapa tahun dulu ketika beliau sedang ‘gila’ dengan cina, beliau bawa masuk syarikat-syarikat cina untuk buat Ekspo Cheng Ho di Kelantan. Berjuta wang orang-orang Kelantan dikaut keluar oleh syarikat-syarikat cina dan dibawa pulang ke negara mereka.

Selepas cina beliau ‘gilakan’ Iran pula. Lalu diangkut syarikat-syarikat Iran untuk mengadakan ekspo di Kelantan. Namun usaha Husam kali ini tercalar kerana kritikan Nik Aziz.

Seperti yang kita tahun Iran adalah sebuah negara yang totok syiahnya dan kemana-mana mereka pergi pun mereka tetap tidak akan melupakan fahaman mereka.

Itulah yang terjadi pada ekspo yang dianjurkan Husam yang sedang berlangsung di Kota Bharu sekarang. Syarikat-syarikat Iran yang menyertai ekspo anjuran Husam telah mempamerkan bahan-bahan yang berunsur syiah dan perkara tersebut telah ditegur oleh Nik Aziz sendiri.



Husam Musa perlu dipertanggungjawab sepenuhnya diatas kejadian tersebut kerana beliau orang yang bertanggungjawab menganjurkan ekspo berkenaan. Difahamkan rancangan untuk mengadakan ekspo berkenaan tidak mendapat mendapat persetujuan Exco-Exco lain dan juga tidak mendapat kebenaran Majlis Agama Islam Kelantan terlebih dahulu.
Gambar-gambar sekitar ekspo




P/S: Dah bawak Syiah dah skit hari nak bawak sapa la pulak?

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan