Rabu, 27 Jun 2012

WAJIB BACA !!! SAINTIS PAS PENING TERKENA RADIASI HARI INI CAKAP LAIN BESOK CAKAP LAIN


Saintis nuklear PAS Dr Rosli Che Mat mula membuat kenyataan yang terpesong dari amalan sainsnya apabila kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. 

Kita imbas kembali yang yang pernah dikatakan oleh Dr Rosli pada tahun lepas

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear ? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."


Dan menurut Dr Rosli lagi
 
"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".
 
 
Adakah Dr Rosli takut dengan sumpah Baiah sehingga sanggup menafikan kebenaran.
 
P/S: PAS lebih penting dari kebenaran tipu pun tipu janji tercalon lagi 

1 ulasan: