Rabu, 20 Jun 2012

WAJIB BACA !!! SEKOLAH VERNAKULAR AKAN JARAKKAN PERPADUAN KAUM

Sekolah Vernakular Akan Jarakkan Rakyat, Kata Tun Dr Mahathir

Kewujudan sekolah vernakular akan menjarakkan rakyat dan menyekat perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Cadangan penubuhan sebuah sekolah tinggi Cina persendirian baru di Kuantan mungkin memberi kesan serupa.
...
"Kita telah menerima sejak awal lagi bahawa sekolah vernakular boleh ditubuhkan oleh pelbagai masyarakat dan ini menyebabkan golongan muda kita tidak belajar bersama-sama.

"Sekiranya kita mengiktiraf pendidikan Cina dan sijil mereka dan sebagainya, maka kita akan ada tiga rakyat berlainan, dengan setiap satu bercakap dalam bahasa berbeza. Malah, saya berpendapat kita tak akan dapat hidup bersama sekiranya kita tidak memahami satu sama lain," katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini dilaporkan berkata beliau berharap sekolah itu mendapat kelulusan untuk ditubuhkan dalam tempoh dua minggu akan datang. | BERNAMA
Jika dilihat pada pandangan Tun Mahathir ada relevannya dan antara sebabnya
1. Walaupun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dimana bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu masih ramai yang gagal menguasai bahasa Melayu apatah lagi jika wujud Sekolah Vernakular yang membawa satu aliran sahaja di peringakat tinggi
2. Hilang integrasi antara kaum dan menyekat perpaduan kaum kerana wujudnya aliran berasingan yang bakal menghilangkan jatidiri anak Malaysia.
3. Hilang sensitiviti antara kaum apabila wujud tiga aliran berbeza yang bakal menimbulkan percanggahan apabila membincangkan sesuatu berkaitan keagamaan.
Tetapi apa pun setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan seperjuangan dari bangsa lain kerana semangat anda cintakan tanahair amat kami sanjungi .
 P/S: Bangsa lain boleh hormat Raja kita tetapi Banga Melayu sendiri macam $%^&*&

2 ulasan:

  1. macammana nak hormat raja dan bakal raja kalau macam ni?

    http://beritasemasa.com/raja-muda-selangor-tengku-amir

    http://beritasemasa.com/tengku-amir-shah-raja-muda-selangor

    http://beritasemasa.com/hari-jadi-sultan-pahang-putera-fahad

    BalasPadam
  2. Mengenai isu sekolah vernakular, ianya banyak dibincangkan oleh mereka yg tidak berada dalam kelompok sekolah Cina itu sendiri. Maka fakta-fakta yg diutarakan juga tidak tepat. Oleh itu sila baca kupasan saya yg berada dari kelompok pendidikan Cina yang bertajuk," isu sekolah vernakular : ke mana haluan SJK Cina".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-haluan.html

    BalasPadam