Isnin, 25 Jun 2012

GEMPAR !!! BUKTI NYATA PAS HANYA PENCACAI DALAM PAKATAN HARAM



Ini antara bukti PAS hanya pencacai dalam pakatan haram. Jika benar PAS itu mengamalkan ajaran Islam takkan tak tahu hukumnya

1. Hukum makan di premis/restoren non-muslim. Hukumnya : harus kerana asas pemakanan dalam Islam ialah halal dan bersih. Jika di pastikan halal (disembelih atau pengusaha restoren itu ahlil kitab) dan kebersihan terjamin, maka ia halal di makan (Dalil:" pada hari ini dihalalkan bagi kamu yg tayyibat" (alMaidah: 5) terjemahnya

Panduan: Jika anda musafir ke negara Kristian spt UK atau EC atau USA, hampir setiap bandar besar ada penempatan orang Islam dan anda lebih mudah kerana makanan orang Kristian-Yahudi boleh dimakan (kecuali khinzir) menurut jumhur.

2. Hukum makan di premis makanan yg menyediakan khinzir.
Restoran/Premis ini hendaklah dijauhi kecuali dharurat di mana nyawa orang Islam terancam kelaparan dan itulah satu-satunya restoren yg ada. Ini bukan masalah samak atau tidak tapi syubhat dari segi penyediaan makanan adalah suatu yg perlu dijauhi mengikut petua Imam Syuyuti,,"jika bercampur yg halal dan haram, maka dimenangkan yg haram."

Pastikan anda mencari restoran yg tidak menyediakan khinzir terlebih dahulu. Masyarakat Barat amat telus dan mereka akan menceritakan kepada anda jika anda bertanya mengenai makanan yg disediakan di premisnya.

3. apakah boleh menggunakan kaedah Malikiah?

Boleh jika dharurat.

Rujukan:
Fatwa Mufti kerajaan Brunei, Irsyad Hukum 1999
Fiqh alManhaji, Dr alBugho
Halal dan Haram, Dr Qardhawi (Allahu a'alam)

Kebanyakkan hukum dibolehkan jika berlaku darurat tetapi makan malam anjuran PKR ni bukan darurat tapi cari penyakit.

Tapi PB tak hairan la sebab PAS sekarang dah liberal


P/S: Take Beer bersama PAS for All.....

1 ulasan: