Banyak individu terutamanya pembangkang tidak bangga dengan bangsanya terutama bangsa Melayu.Mengapa ini terjadi. Akan yang mengatakan agama lebih penting dari bangsa, tetapi sedarkah kita bahawa Nabi Muhammad Saw juga sayangkan bangsanya..
Nabi SAW juga sayangkan bangsanya
Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW
Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya:Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w.sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:
“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakimberkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)
Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak dilarang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.
Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga,parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.
Dan jangan dilupakan juga bangsa Melayu pernah menjadi bangsa terhebat ketika dulu dan kajian terhadap bangsa melayu sedang giat dijalankan. Misteri bangsa melayu ini bermula dengan penemuan sebilah keris sembilan luk terpacak didasar laut pada piramid misteri...Klik sini untuk cerita lanjut
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan