Rabu, 14 Mac 2012

Wajib Baca !!! Kubur orang islam dihalang hingga ke Mahkamah dan hak orang islam dipertikaikan


DIMANA HAK ORANG ISLAM?? Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan islam dikawasan Kota Kemuning dan sekitarnya. Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun penduduk islam yang menghuni kawasan tersebut tidak dapat menggunakan kubur itu untuk urusan pengkebumian jenazah penduduk setempat yang meninggal dunia kerana mendapat tentangan dari penduduk bukan islam.

Disebabkan campur tangan MBSA dan pemimpin setempat masalah ini tidak dapat diselelsaikan, malah kes dibawa pula ke mahkamah oleh 147 orang penduduk bukan islam Kota Kemuning dan Kemuning Greenville. Sehingga kini kes masih lagi di mahkamah. Difahamkan sebelum kes dibawa ke mahkamah ada 2-3 jenazah telah dikebumikan disitu.

Itulah sebahagian gambaran bagaimana susahnya untuk orang-orang islam nak buat kawasan kubur walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan perkuburan. Hinggakan terpaksa berentap di mahkamah bertahun-tahun.

Sekarang mari kita lihat pula kisah tanah perkuburan bukan islam yang dibangunkan secara haram untuk tujuan komersial dan tidak perlu bayar premium tanah, juga di Shah Alam dimana ianya juga terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebidang tanah yang luasnya 49 ekar yang terletak di Seksyen U14 Shah Alam telah dibangunkan oleh dua buah syarikat swasta untuk dijadikan tanah perkuburan bukan islam, dimana lubang-lubang kuburnya dijual dengan harga-harga tertentu.

Mengikut laman sumber, perkuburan komersial tersebut dibangunkan secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan MBSA . Bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, premium tanah pun tidak dibayar.

*Untuk kubur islam ditanah yang telah digazet sebagai kubur serta telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, mereka bantah dan heret ke mahkamah sehinggakan nak kebumi jenazah pun tak boleh. DIMANA HAK ORANG ISLAM??

Untuk kubur puak-puak mereka yang dibangunkan secara haram, malah dijual pula lubang-lubang kuburnya tidak pula menjadi sebarang masalah.. ini kerana semuanya telah di kawtim.

Kenapa dua syarikat berkenaan mendapat layanan yang begitu istimewa dari MBSA?

Siapa dalang disebalik layanan istimewa tersebut?

UNTUK INFO PENUH KLIK SINI

P/S: Kubur pun boleh buat bisnes inilah namanya bisnes sampai mati

1 ulasan:

  1. Dah pasti ada dalang dari kalangan orang Islam sendiri memayahkan perkara ini.Inilah dikatakan perasit dalam Islam.Orang sperti inilah yg jadi kuda tunggangan orang bukan Islam.Padahal dia mengatakan bahawa dialah yg pejuang Islam tulin tetapi dia telah menjual Islam.wasalam

    BalasPadam