Selasa, 27 Mac 2012

Wajib Baca !!! Ada apa dengan bangsa - Nik Aziz


Pagi PB ada terbaca satu artikel yang mengatakan Nik Aziz kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

KOTA BHARU-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang masih mengagungkan bangsa, tanpa mengutamakan kepentingan Islam.

Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain.

“Seolah-olah pendekatan ini telah masuk menyerap dalam masyarakat orang Islam, setiap bangsa mengejarkan kehormatan masing-masing dan menyebabkan orang lupa tentang Palestin, “katanya kepada pemberita selepas menyambut kunjungan konvoi Superbike Pantai Timur di kediamannya di Pulau Melaka, kelmarin.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua Iqram Kota Bharu, Dr Mohd Sharani Mohd Naim.

Konvoi tersebut didakan untuk mempromosikan perarakan keamanan yang dianjurkan secara besar-besaran di Asia, Afrika, Eropah , Amerika Syarikat untuk bergerak ke Palestin dan negara-negara jiran seperti Mesir dan Jordan.

Kemuncaknya adalah perhimpunan aman besar-besaran pada 30 Mac serentak dengan perarakan di Amman dengan 131 superbikes akan membawa bendera Palestin dan berkumpul di replika Baitulmaqdis.

Sambil menyokong perarakan tersebut, Nik Aziz berkata, Pas akan terus mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan dan sama sekali tidak akan terikut-ikut dengan pihak lain yang lebih mementingkan bangsa dari Islam.

“Perkara yang tidak betul yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, termasuk orang Arab sendiri. Arab Mesir juga sedemikian, tidak merasakan sensitif terhadap nasib Arab Palestin kerana bukan dari bangsanya Arab Mesir,” katanya.SH

Ulasan PB

1. Tiada istilah bangsa yahudi. Yahudi itu adalah agama dan asal usul bangsanya berasal dari Bani Israel.

2. Nabi Muhammad SAW sendiri berasal dari keturunan suku kaum Arab Quraisy.

3. Palestin ialah nama bagi sebuah bangsa yang tergolong dari keturunan Arab.


Tak dinafikan agama Islam yang merupakan agama suci perlu dititik beratkan tetapi bangsa juga memainkan peranan penting sama seperti aur dengan tebing dimana kedua-duanya saling berkaitan

Ini terbukti dengan wujudnya Empayar Kerajaan Islam yang diwarisi dari suku dan keturunan mereka.

1 Empayar Uthamaniyah

2 Empayar Mogul

3 Kerajaan Bani Umayyah

4 Kerajaan Bani Abbasiyah

5 Khilafah Fatimiyyah

6 Khilafah Mamluk

7 Khilafah Cordoba Umayyah

P/S: Berjuang demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA

0 ulasan:

Catat Ulasan