Ahad, 4 Mac 2012

Hot !!! Tak cukup dengan tin milo PAS sekarang kaki POW

PAS masih tidak berpuas hati dengan kutipan tin milo dan mula bertindak mengepow duit BR1M ahlinya dengan mengeluarkan pekeliling



Petikan Dari Sinar Harian

MANJUNG - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pas Cawangan Kamunting semakin terdesak apabila mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, pihak berkenaan seolah-olah berasa tidak bersalah untuk berbuat demikian dengan alasan sebagai satu sumbangan derma.

“Difahamkan bahawa satu surat pekeliling dikeluarkan kepada ahlinya supaya mereka mengeluarkan 15 peratus daripada BR1M itu sebagai sumbangan derma untuk parti bagi menghadapi pilihan raya.

“Mereka dilihat sanggup mengambil kesempatan terhadap golongan susah yang kita bantu melalui pemberian BR1M itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan dan melakukan pelepasan Malaysian Rally Championship (MRC) 2012 di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung, kelmarin.

Zambry berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas cawangan Kemunting yang mengarahkan ahlinya menyumbangkan sebanyak 15 peratus daripada BR1M yang diterima mereka kepada parti.

Katanya, disebabkan kekurangan kewangan untuk menghadapi pilihan raya Pas sanggup membebankan rakyat yang miskin untuk mendapatkan sumber kewangan.

“Apabila kita mengatakan mereka memaksa ahli Pas memberikan wang berkenaan mereka mendakwa itu adalah sebagai derma atau sumbangan.

“Mereka langsung tidak rasa bersalah terhadap perbuatan itu yang secara jelasnya bahawa penerima BR1M itu adalah golongan susah,” katanya.


P/S: Aik lebai PAS ni tabung milo tak cukup lagi kaa?

1 ulasan:

  1. 15peratus nak dibagikan kpd tabung utk menghadapi pru 13 dari penerima BRIM klu betul memang tak bermaruahlahlah pas pis pus utk mengharamkan dan lepas tu jadi halal pulak....ape nie???

    BalasPadam