Ahad, 18 Mac 2012

Panas !!! Khalid Gagap tercirit rakyat Selangor ramai datang jumpa PM




Orang yang ramai dan mencecah hampir 20 ribu orang pasti akan membuatkan pentadbiran Khalid Gagap resah dengan penerimaan orang ramai terhadap kepimpinan Barisan Nasional

Hampir 20,000 orang hadir pada majlis perhimpunan rakyat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana,Pucong petang Ahad.

Di depan mereka beliau mengingatkan bagaimana Barisan Nasional sudah kerja setengah mati untuk bangunkan Selangor.

“Kita. Ya kita buat silap sikit dulu. Saya dah kata kita akan belajar dari kesilapan dan kita akan bangun balik untuk mentadbir dengan lebih baik lagi,"katanya.

Sentak dengan itu Perdana Menteri menyuarakan keyakinan BN boleh menawan semula Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 jika pemimpin-pemimpin BN bersatu, tidak berebut kerusi, dan mereka serta rakyat menerima calon yang dipilih.

“Saya nak biar Selangor ditadbir oleh orang Selangor. Kalau kita nak menang kita kena bersatu. Yang bawah (rakyat) bersatu, dan yang atas (pemimpin-pemimpin BN Selangor) kena bersatu.

“Kalau tak bersatu pun, yang di atas ini (sambil menunjukkan barisan pemimpin BN di atas pentas) yang tak bersatu. Betul tak? Hah ini semua kena betulkan kepala dia. Biar dia bersatu. Biar dia kata taat setia pada presiden dan pada parti.

“Tak jadi calon pun tak apa. Ada kerusi ini (sambil menunjukkan kerusi di atas pentas) cukuplah. Kerusi lain tak perlu. Kalau kita bersatu dan kita pilih calon semua sokong, insyallah BN boleh menang,” katanya pada ucapan yang diselang seli tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, berkata, beliau telah bekerja keras siang malam untuk memastikan kemenangan BN.

“Saya kerja keras siang malam. Tetapi tak apa. Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, insyallah kita boleh menang.

“BN cukup yakin. Pembangkang memang bercelaru. Tengoklah, banyak janji tapi tak buat. Rakyat kena tipu. Jangan kena tipu lagi. Sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat. Insyallah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti,” katanya.

Sebelum itu pada majlis Sepetang Bersama Pesara Pegawai Kanan Kerajaan di hotel De Palma, Shah Alam,Najib mengakui, memartabatkan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 dan memulihkan kerajaan BN daripada tsunami politik 2008 adalah dua cabaran terbesarnya sejak memegang tugas sebagai Perdana Menteri tiga tahun lalu.

“Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri tiga tahun lalu pada 3 April, saya berdepan dengan dua cabaran besar. Satu ialah cabaran ekonomi yang berkait rapat dengan hasrat yang kita sama-sama junjung sejak Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan gagasan Wawasan 2020 mahu menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.



Najib berkata, untuk memastikan Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang 2020, kadar pertumbuhan mestilah berada pada 5-6 peratus setiap tahun dan Pendapatan Kasar Negara yang sedia ada, iaitu kira-kira USD7 ribu, mesti digandakan kepada USD15 ribu setahun.

“Cabaran kedua ialah macam mana nak pulihkan kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada tsunami politik 2008. Lima negeri kalah, termasuk yang saya rasa amat terkilan sekali, dan terkedu ialah apabila negeri Selangor kalah.”

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar yang mewakili MUBARAK dan pemimpin-pemimpin BN Selangor.

Najib berkata, beliau tidak memperkecilkan negeri lain. Tetapi perasaan terkilan dan terkedu yang dirasainya itu disebabkan Selangor merupakan negeri yang amat strategik.

“Banyak sebab BN mesti memenangi semula Selangor, tetapi yang utama ialah kerana sakit hati, sedih dan malu. Bayangkan…benda yang kecil pun,seperti nak pinjam dewan pun tak dapat. Dewan dikunci. Kontraktor yang sokong kerajaan pula mereka buang. Mereka (pembangkang) cakap tentang keadilan, tetapi tidak mengamalkannya.

“Mereka cakap tentang bersih. Bersih sangat ke mereka itu? Mereka cakap tentang ketinggian moral. Ketinggian moral apa? Jam omega tak dijawab,” tambahnya.

Sehubungan itu Najib menyeru pesara pegawai kanan kerajaan supaya membantu Kerajaan BN memainkan peranan sebagai jurucakap dan pembela kerajaan.

“Daripada kita pot pet pot pet membebel tak tentu arah, tolong cakap baik pasal kerajaan. Ini cara kita nak rebut kembali kerajaan. Bila kita berkumpul atau berjumpa orang, cuba pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi jurucakap atau peguambela kerajaan,” katanya.

Najib berkata, dasar transformasi negara tidak akan tercapai melainkan semua negeri ditadbir oleh BN dan rakyat pula menerima konsep calon boleh menang- AD

P/S: Vote Barisan Nasional for Selangor

0 ulasan:

Catat Ulasan