Selasa, 13 Mac 2012

Eksklusif : Adakah kita sanggup melihat perkara ini berulang lagi

Kes penculikkan dan pembunuhan kanak-kanak boleh dikatakan adalah kes yang paling sensitif dan menyayat hati masyarakat Malaysia.

Kita masih takkan lupa kepada apa yang telah menimpa adik Nurin dan juga adik Sharlinie

Kes yang paling mengemparkan Malaysia kes kehilangan adik Nurin Jazlin

Adik Nurin ditemui mati ditinggalkan didalam beg berhampiran kawasan Taman Sri Manja, Petaling Jaya.


Kemudian kes kedua yang agak mengemparkan Malaysia ialah kehilangan adik Sharlinie di Taman Medan pada 2008


Adik Sharlinie masih tidak ditemui hingga ke hari ini.

Berikut adalah sebahagian kanak-kanak yang hilang


Dan kes terbaru melibatkan Adik Nurul Nadirah ataupun panggilan manjanya Dirang. Adik Dirang diculik ketika dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang.


Mayat adik Dirang ditemui dibakar diladang kelapa sawit Nusa Damai. Suspek telah ditahan reman untuk siasatan


Adakah masyarakat ingin lagi kanak-kanak seperti Dirang dan yang lain-lain menjadi mangsa kepada manusia bertopengkan syaitan.Kita seharusnya mengambil iktibar dari perkara sebegini supaya kita beringat untuk menjaga permata hati kita

Biarkan anak anda menangis sekarang jangan anda yang menangis di kemudian hari

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman..... Amin

P/S: Sebenarnya PB tak sanggup nak tulis tapi demi kesedaran sejagat terpaksa digagahkan juga

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan