Khamis, 23 Februari 2012

Panas !!! Ini jawapan Tun Mahathir mengenai suratnya kepada Ehud Barak


IPOH - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat
Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui
pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat
berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian.

Katanya, beliau membalas semula surat berkenaan dengan mengatakan hubungan dengan Israel tidak mungkin terjalin sekiranya mereka masih berkelakuan sebagai pengganas.

Dr Mahathir berkata tidak ada sebarang sebab Malaysia boleh menyokong Israel kerana tindakan rejim Yahudi adalah lebih ganas daripada pengganas.

"Dia (Israel) bom Iraq sebelum ada perang, dia tidak peduli untuk langgar undang-undang dunia, dia tidak peduli sebab ada Amerika akan sokong...Kita mahu
pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak mengeksport atau mengimport barangan atau produk dari Israel dan tidak menafikan sekiranya terdapat barangan
atau produk Israel masuk ke negara ini, ia adalah kerana peranan orang ketiga.

"Kita tidak boleh menentukan, sebelum ini kita tidak ada hubungan Afrika Selatan, tetapi pihak lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika
Selatan.

"Demikian juga isu minyak kelapa sawit, minyak kita dibeli oleh pihak ketiga dan kemudian mereka jual...saya tahu yang masuk ke negara ini adalah buah pisang
kaki. Ia tidak dilabel dari Israel tapi masuk melalui Singapura, orang Singapura bawa masuk ke Malaysia, tapi kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel,"
katanya.

Terdahulu ketika berucap, Dr Mahathir berkata tindakan berperang dan membunuh bagi menyelesaikan konflik antara dua pihak merupakan satu jenayah yang
besar dan jika masyarakat dunia membenarkan perkara itu terjadi maka dunia tidak akan aman.

"Tindakan berperang dan pembunuhan beramai-ramai bagi menentukan pihak mana yang menang adalah satu pendekatan primitif...apakah ini menunjukkan manusia itu bertamadun. Manusia bertamadun tidak akan membunuh untuk selesaikan konflik," katanya.

Tindakan berperang untuk menyelesaikan konflik antara dua pihak terjadi pada zaman primitif kerana manusia pada masa itu berfikiran cetek dan tidak tahu cara
menyelesaikan masalah.

Beliau berkata dalam dunia moden sekarang dengan terdapat lebih kurang 200 negara yang menganggap mereka sebagai bertamadun namun ada antaranya masih
menerima peperangan sebagai penyelesaian konflik.

Pada majlis berkenaan PGPF menerima lapan replika cek dengan jumlah keseluruhan RM282,158 untuk program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza daripada
pelbagai badan sukan negeri, pertubuhan parti politik, jabatan dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri Perak.

Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza diadakan bagi membantu menyalurkan sejumlah 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Palestin yang menderita
kekurangan bekalan air bersih akibat sekatan dan pemusnahan sistem pembetungan serta loji penapisan air di Gaza oleh rejim Zionis. - Bernama

P/S: Tun tak pernah iktiraf Israel lain la ada orang tu yang menyokong keselamatan Israel hehehehe

2 ulasan:

  1. Ini lah hasil PSMMI apabila Tun menjawab bagi surat yang dia sendiri hantar minta bantuan Ehud Barak lepas tu menafikan tidak menyokong Israel. Isunya tiada pun minta pandangan sokong ke tidak. ISUNYA ialah kenapa minta tolong EHUD BARAK dana untuk UMNO. Kenapa bersekongkol dengan Israel? SOKLANNYA lagi kenapa minta tolong israel bagi dana untuk UMNO ZIONIS.Persoalanya surat itu minta bantuan. Faham tak blogger haprak UMNO. DIULANGI. KENAPA HANTAR SURAT TU? ? KLu x hntar surat tu lain la citer. Bukti nyata Syed Hamid jumpa menteri luar israel sama dgn surat Tun. So jawapan itu tidak menjawab soklan dan bukti yg diberikan. NYANYUK. TUN da kepanasan sampai Najib pun da takleh kawal Malaysia ngan Tun skrg cuba take.over bagi selamatkan diri

    BalasPadam
  2. Apa yang ko merepek ni giler ke ko ni mg bodoh bukan PSMMI la PSSMI. Lain kali jgn jadi bengap klu nak tulis. Isu kat sini Tun M menolak hasrat Israel untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia yg ko melalut pasal PPSMI ni apahal? Klu dah dasar pencacai dungu tak reti bahasa masuk telinga kanan keluar kiri jangan nak komen kasi... Aku biarkan komen kau ni biar orang tengok betapa bodoh dan dingu seorang pencacai taik pakatan haram

    BalasPadam