Rabu, 8 Februari 2012

Gempar !!! Chegubard akan dedahkan hubungan kerajaan BN dan Israel?


Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard kepada media sewaktu sidang akhbar SMM di Johor, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sumber: Utara News

P/S: Kehkehkeh bos dia terang-terang kata I support all efforts to protect the security of the state of Israel



3 ulasan:

  1. dedahkan je lah.....x payah asyik nak dedah ! nak dedah!....at last hapah pun tadak.....

    BalasPadam
  2. Ntahnye... Dulu yg berkotak2 rahsia kerajaan tuh? bila nak dedah? mcm2 la... provokasi je...

    BalasPadam
  3. hang nak dedah... hang dedah dulu hubungan anwar dgn israel....

    BalasPadam