Isnin, 13 Februari 2012

Gempar !!! Pengusiran Hamza tebalkan imej negatif kemanusiaan????


Kadang-kadang aku tak faham langsung motif sesetengah individu dalam pakatan haram yang mengatakan penghantaran Kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari melanggar hak asasi manusia.

Petikan dari MalaysiaKini

Pengusiran wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari yang didakwa menghina Islam akan menebalkan imej negara ini yang didakwa agak negatif dalam isu kemanusiaan dan ketelusan undang-undang, kata sebuah NGO anak muda.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, walaupun Malaysia terikat dengan perjanjian ekstradisi, Hamza patut diberikan ruang menggunakan sistem perundangan di "tanah berdaulat ini".

NONE"Rekod Hamza yang juga merupakan aktivis masyarakat, yang punya rekod membela penindasan wanita juga harus diambil kira dalam menghakimi beliau," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Kelmarin, usaha aktivis hak asasi manusia untuk menghalang pihak berkuasa mengusir Hamza Kashgari melalui penyerahan perintah interim - yang didakwa diperoleh daripada mahkamah - gagal apabila gagal tiba pada sebelum pengusiran dibuat.

Sehari selepas itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima sebarang perintah injuksi daripada mahkamah.

Dalam kenyataannya, Badrul juga berkata, Hamza yang menghadapi hukuman mati sudah bertaubat dan memohon maaf, walaupun keikhlasannya hanya diketahui oleh Tuhan dan dirinya sahaja.

Sabtu lalu, semasa sambutan Maulidur Rasul, Hamza didakwa menulis kata-kata yang menyinggung umat Islam di Twitter, antaranya amat mengagumi sifat Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut, tetapi setaraf dengannya.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.




Sedikit ulasan tentang isu diatas, mengapa hendak dikotorkan 'tanah berdaulat' ini dari orang yang terang lagi bersuluh menghina Nbbi besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Jangan disebabkan fahaman politik yang berbeza orang seperti ini hendak dibela atas alasan hak asasi manusia.

Tindakan kerajaan menghantar pulang Hamza Kashgari adalah tepat dan bergantung kepada kerajaan Arab Saudi untuk menentukkan hukumannya

P/S:Semua benda nak dipolitikkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan