Isnin, 20 Februari 2012

Gempar !!! Kali ni kapal Israel pulak berlabuh di Port Klang

Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.



Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang. (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)


Sebenarnya syarikat-syarikat dari Israel ini dah lama menggunakan proksi di negara-negara yang tiada hubungan diplomatik untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka boleh saja menggunakan proksi untuk membolehkan kegiatan perdangangan menjadi sah. Contoh mudah ialah bekas presiden ZIM Asia , Yigal Dafni , mempunyai 40 tahun pengalaman berurusan dengan negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel contohnya Pakistan, UAE, Malaysia dan Indonesia. Beliau melakukan ini dengan menubuhkan syarikat luar pesisir di negara2 ini, untuk memudahkan urusan di negara2 ini Yigal Dafni juga memohon untuk mendapatkan kemudahan passport Singapore. (sumber)


Jadi kesimpulan mengapa kapal dagang ZIM USA dan ZIM ATLANTIC boleh berlabuh di Port Kelang ialah sebab kapal tu didaftar di Liberia dan bukannya Israel walaupun syarikat ZIM ni milik Israel. Nak tahu syarikat-syarikat lain di Malaysia yang ada kaitan dengan Israel ? Cuba check website ni. Punyala banyak produk yang berkaitan Israel ni ada dijual di Malaysia tapi tak pulak di buat kecoh ?



Sumber: BE DA MAN

Lagi satu ini penerangan yang PB jumpa dalam komen di Facebook

Mengiktiraf dgn menjalin persahabatan mahupun perdagangan adalah berlainan sama sekali. Nabi Muhammad SAW pn pernah ada hubungan dgn Yahudi. "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tapi mengiktiraf negara Yahudi ni lain. Dlm Al-Quran dh nyatakan bangsa Yahudi ini adalah bangsa yg tidak bertanah
Mengiktiraf keselamatan negara Yahudi secara tak langsung mengiktiraf tanah Yahudi.

Peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948 dimana negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekali gus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin melalui penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan

P/S: Two State Solution hanya retorik semata-mata Negara Israel ialah Negara Palestin yang dirampas.Free Palestin

1 ulasan:

  1. SALAM BRO, MODAL DAH X ADA, TAK CUKUP TANAH, DI AYOR PUN DEME NAK KELENTONG RAKYAT.

    BalasPadam