Datuk Nik Aziz Nik Mat mengelaurakan kenyataan menggesa Anwar Ibrahim menerangkan kepada rakyat tentang kontroversi kenyataannya tentang Israel oleh Wall Street Journal.
Petikan dari Sinar Harian
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab kontroversi berkaitan kenyataannya tentang Israel, yang disiarkan dalam Wall Street Journal bulan lalu.
"Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai," kata Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, kenyataannya hanya sebagai mewakili Pas manakala Anwar pula mewakili PKR.
Ekoran pendirian Dewan Ulama Pas awal minggu ini, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kuala Lumpur, Isnin ini.
Ketika diminta mengulas pendirian Anwar mempertahankan kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, itu Ketua Pembangkang punya pasal.
Apa yang menarik minat PB tentang kenyataan ini ialah, kenyataan terakhir Nik Aziz iaitu diminta mengulas tentang pendirian Anwar mempertahankan kenyataannya, Jawapan yang agak mengecewakan ITU KETUA PEMBANGKANG PUNYA PASAL.
Apakah ini dinamakan pakatan? Hanya berpakat pada parti tapi bukan pada pendirian dan PAS hanya mampu mengggesa sahaja.
Jika dalam pakatan sendir PAS tidak mampu untuk bersuara apatah lagi untuk memimpin negara dan umat islam di negara ini.
P/S:Adakah PAS sanggup menjadi keldai selama-lamanya?
0 ulasan:
Catat Ulasan