Isnin, 7 November 2011

Antara Ambiga, Bersih dan LGBT...



Lepas satu demi satu perkara dicetuskan oleh bekas pengerusi Majlis Peguam ini. Selepas isu Bersih 2.0 kini timbul pula isu Lesbian ,Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).Langkah ini dilihat seolah-olah mencabar majoriti rakyat Malaysia yg menolak hubungan songsang yang secara terang-terangan melampaui batas agama.

Siapa Ambiga ini?

Ambiga di juga merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.

Selain itu beliau juga menyokong Inter faith Comission (IFC) KLIK SINI


Bersih 2.0



Selain itu pembabitan beliau dalam Bersih 2.0 juga menimbulkan tanda tanya apakah matlamat sebenar manusia yang pernah menerima pelbagai anugerah termasuk Dato ini? Adakah matlamat majlis peguam dan Ambiga hanya cuma untuk promosi kepada parti pembangkang atas nama keadilan dan hak sama rata?

Adakah sebagai peguam mencetuskan huru hara dianggap satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum.Adakah Ambiga dan majlis peguam tidak tahu undang-undang yang sesuatu perhimpunan memerlukan permit dan kebenaran dari pihak berkuasa.


Seksualiti Merdeka



Selepas Bersih 2.0 timbul pula Sexualiti Merdeka yang menyokong hak LGBT yang terang-terangan mengamalkan budaya songsang dimana budaya ini ditolak oleh semua agama.

Perkara ini disokong oleh Majlis Peguam yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengiktiraf golongan ini



Tetapi....

Perkara tersebut ternyata dibantah oleh majoriti rakyat berbilang bangsa di negara ini





Dan adakah mampu untuk pengerusi Sexualiti Merdeka dan Ambiga untuk menjawab soalan salah seorang pembaca ini?



P/S: Seluruh rakyat Malaysia menolak perlakuan songsang ini. Tiada siapa mahu perkara jijik seperti ini menular di bumi Malaysia..

2 ulasan:

  1. apa nak jadi dah?Perlu ada tindakan...

    BalasPadam
  2. Tindakan telah diambil pihak polis tetapi Ambiga ttp degil dan mencabar kewibaan polis dan juga para wartawan...

    BalasPadam