Khamis, 17 November 2011

Panas !!! RM 100 ringgit sekolah suka-suka hati potong


Geram dan meluat apabila ada sekolah yang tidak amanah dalam mengagihkan peruntukkan bantuan persekolah kepada murid-murid sekolah.

Pelbagai alasan diberikan oleh pihak sekolah dan ada sesetengahnya memotong wang bantuan tersebut tanpa notis sehinggakan bakinya hanya tinggal 9 ringgit

Dipetik dari Harian Metro:

Sementara itu seorang bapa yang dikenali sebagai Along 50, dari Kemaman, berkata dia terkilan dengan tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan 9SMK) Binjai yang memotong wang dana bantuan persekolahan disalurkan Kementerian Pelajaran.

Menurutnya wang RM100 yang sepatutnya diperoleh hanya tinggal RM 9 ringgit dikembalikan pihak sekolah kepadanya dan tindakan itu sememangnya tidak wajar.

Pihak sekolah memotong wang bantuan itu berikutan anak saya mempunyai hutang yang belum langsai sebelum ini, katanya yang terkilan kerana tidak sempat melihat wang bantuan itu dan hanya diberikan sekeping resit pembayaran yuran persekolahan anaknya

Diharap pihak kerajaan dapat memantau sekolah-sekolah yang cuba menyeleweng dana ini kerana ini adalah amanah untuk anak-anak kecil ini bagi persiapan mereka unutk musim persekolahan yang baru


P/S: Pakatan Haram kata duit ni haram tapi tibai jugak.....

0 ulasan:

Catat Ulasan