Pada 13 Mei 2011, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk projek pembangunan luar bandar yang dikenali sebagai ‘MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’. Bunyinya macam bagus dan bunyinya macamlah hebat sangat.
Apa yang menarik ialah, peruntukan tersebut diambil dari bajet Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) iaitu GERAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN yang dislaurkan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM23 JUTA SETIAP BULAN bagi tujuan membaikpulih dan menaiktaraf jalan-jalan raya di seluruh Selangor.
Selama tiga tahun, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, langsung tidak mempedulikan tentang keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor biarpun setiap bulan bajet sebanyak RM23 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada mereka. Keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor, boleh disifatkan sebagai sangat terkebelakang. Apabila rakyat mulai bising kerana prasarana utama itu tidak diselenggara, jawapan yang sering diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat yang berkempen dan berceramah ke sana ke mari ialah, KERAJAAN PUSAT MENYEKAT saluran bantuan.
Padahal, berdasarkan laporan yang diterima, jumlah baki terkumpul MARRIS sehingga setakat ini adalah RM264,841,594.65!
Bajet RM100 juta untuk ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ yang diambil daripada MARRIS tidak dimasukkan dalam Bajet Negeri 2011 tetapi diletakkan sebagai Bajet Tambahan Kerajaan negeri bagi bulan Julai 2011.
Menariknya, bajet RM100 juta itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mempromosi Pakatan Rakyat dan tidak ada kena-mengena langsung dengan rakyat. Dengan membiarkan keadaan jalan-jalanraya di seluruh Selangor dalam keadaan daif dan dipersalahkan pula Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berlagak seperti perompak yang melakukan rompakan secara penuh berhemah.
Apa hasil yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat menerusi ’MEKANISME PELABURAN PROJEK INFRASTRUKTUR: HASIL UNTUK RAKYAT’ sehingga ke hari ini melainkan pengaktifan kempen dan ceramah, retorik serta polemik politik serta pembohongan yang tidak berkesudahan? Mengapa bajet yang sebegitu besar untuk jalanraya di seluruh Selangor, tidak mampu meningkatkan taraf dan penyelenggaraannya?
Bajet Tambahan Kerajaan Negeri bagi bulan Julai 2011 ini telah diluluskan selepas mesyuarat tertutup antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim serta seorang lagi individu yang namanya masih lagi rahsia!
Petikan dari: Sel13
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan