Ahad, 13 November 2011

KDEB Rugi Khalid Gagap tahu mentadbir ke tidak ni?


Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan kerugian lebih RM122 juta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menzahirkan berlakunya penyelewengan kuasa dan salah urus wang oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi AntaraPos.com berkata, hakikat apa yang diungkapkan selama ini oleh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu ketelusan hanyalah ilusi politik semata-mata.

KDEB ialah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri Selangor yang selama ini mencatatkan aliran keuntungan berterusan sehingga 2008.

” Yang menambah kebimbangan saya pula ialah apabila KDEB menanggung kerugian RM122 juta lebih, iaitu duit yang terpaksa dibayar untuk subsidi air. Ini menunjukkan bahawa air percuma itu tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri berhutang mengenai subsidi air ini cukup membimbangkan tentang masa depan industri air di Selangor.

” Mereka sebenarnya mengamalkan dasar kronisme yang lebih teruk daripada Barisan Nasional dan memberikan kerja-kerja tanpa tender dan saya difahamkan juga kerja-kerja ini tidak disiapkan mengkikut spesifikasi yang ditetapkan,”katanya.

Khalid selepas mengambil alih Selangor melancarkan Program Air Percuma yang ditanggung oleh KDEB sehingga menyebabkan syarikat subsidiari milik penuh kerajaan Selangor itu mengalami kerugian.

Menurut laporan Ketua Audit Negara, program tersebut menyebabkan KDEB perlu menanggung kos sebanyak RM131.47 juta pada 2009 berbanding RM68.67 juta pada 2008.

“Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.

“Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta,” jelas laporan itu.

Malah menurut laporan itu lagi, pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak mengikuti kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi.

KDEB juga, jelas laporan itu, tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri serta pembayaran bonus yang tidak mengikut pekeliling ditetapkan.


Dipetik dari: Sel13

0 ulasan:

Catat Ulasan