Rabu, 16 November 2011

Isu National Feedlot Corporation: Antara fakta, hakikat dan kebenaran Part 1


Pakatan haram masih lagi memutar alam kan isu National Feedlot Corporation berkenaan lembu yang tinggal dalam kondo lah dan bermacam lagi

Apa itu NFC?

National Feedlot Corporation ialah sebuah syarikat yang ditugaskan menyediakan bekalan daging segar dari segi pemasaran dan pembungkusan untuk pasaran Malaysia


Struktur Operasi.



Matalamat utama NFC ialah untuk menyediakan daging lembu yang dijamin kehalalannya dari segi hukum dan syarak (Halalan Toyiban). Daging import diluar negara terutamanya dinegara Eropah seperti UK daging lembu yang dihasil belum mencapai tahap halal yang diharapkan. Ini kerana, walaupun daging tersebut disembelih oleh orang islam yang bertauliah tetapi pemakanan lembu tersebut adalah sangat diragui

Apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.

Mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.

Apakah Projek NFC adalah salah satu Projek utk mencapai "Fully Compliance" dengan tuntutan HALAL TOYIBAN untuk produk berasaskan daging lembu pun dispin bukan-bukan

Daging yg dimport adalah Halal dari segi penyembelihan saja....tetapi belum tentu TOYIBAN disebabkan kita tidak ada kawalan unttk makanan lembu...

Salah satu tujuan "Feed Lot" ialah utk memastikan setiap haiwan sebelum disembelih (sekurang2nya setahun) diberikan makanan bukan saja yg berkhasiat tetapi halal....so halal from the begining.....that is what is TOYYIBAN is all about...

Sebab apa daging import amat diragui kehalalanya

Pengalaman seorang rakan ke Australia untuk trip perniagaan

Saya pernah ke New Zealand & Australia untuk business trip....disana boleh dikatakan 100% rumah sembelihan di punyai oleh org Islam.....so HALAL...tapi Mat Salleh kawan saya bagitau....Sir, all the animals are being slaughtered according to the Muslim rites, but I cant guarantee you it is HALAL.....pasal apa dia kata mcm tu...pasal penyediaan daging selepas disembelih yang diragukan kerana Mat Salleh suka perap daging dengan wine atau lard (minyak babi) supaya bila di masak ianya lembut & sedap....


Jadi perkara utama NFC ialah menyediakan daging halal toyibban kepada rakyat Malaysia

P/S: Part 2: Kondo lembu dan risiko..

0 ulasan:

Catat Ulasan