Rabu, 16 November 2011

Isu National Feedlot Corporation: Antara fakta, hakikat dan kebenaran Part 2


Sekarang masuk kepada bahagian kedua mengenai isu ini, mengenai salah satu isu yang kuat diputar belitkan oleh pakatan haram mengenai pembelian kondo 10 juta oleh NFC dan juga soft loan daripada kerajaan,

Pembelian kondo berharga 10 juta ringgit

Isu ini begitu kuat diputar belitkan oleh pakatan haram dengan mengatakan mengapa NFC membeli kondo untuk kerana pembelian kondo tersebut merupakan penyelewengan dana NFC


Berbalik kepada projek penternakkan feedlot tadi, projek ini merupakan projek yang mempunyai risiko yang amat tinggi berbanding dengan projek perumahan dan hartanah kerana projek ini berhubung kait dengan haiwan hidup (Livestock).Risiko yang bakal dihadapi oleh penternak ialah memastikan haiwan ini terus sihat tanpa dijangkiti sebarang penyakit

Bukan semua orang mamp menguruskan projek penternakkan mega ini dalam memastikkan ribuan ekor lembu dalam keadaan sihat kerana.

Sebab apa NFC beli kondo?


Seperti yang kita tahu, harga hartanah meningkat setiap tahun dan jika tahun ini kita beli sebuah bangunan dengan harga 10 ribu ringgit pada 2 atau 3 tahun akan datang harganya akan terus meningkat. Tujuan NFC membeli kondo tersebut adalah seperti insuran kepada NFC kerana projek livestock tidak boleh diinsuran kan

Jika berlaku bencana seperti wabak penyakit,banjir dan pelbagai lagi yang mengancam livestock ini NFC akan menanggung kerugian yang besar tanpa sebarang modal pusingan untuk memulakan semula projek ini.


Soft Loan dari kerajaan

Seperti yang diterangkan diatas tadi projek ini merupakan projek berisiko tinggi kerana melibatkan haiwan hidup (Livestok). Dan perlu diingat walaupun pinjaman ini perlu dibayar walaupun kadar yang ditetapkan rendah.

Perlu diingat projek ini masih belum beroperasi dengan kekuatan penuh kerana pembekal lembu kepada ladang satelit masih kurang dan projek ini merupakan projek jangka panjang bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat daging Halal lagi Toyiban

P/S: Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

0 ulasan:

Catat Ulasan