Edisi kali ini berkisar tentang sebuah padang yang terletak di tengah-tengah kesibukkan kawasan Kelana Jaya iaitu Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.
Padang warisan ini yang telah berusia hampir 30 tahun telah melahirkan ramai jaguh-jaguh bolasepak negara dan padang ini juga menjadi simbol identiti kepada masyarakat Kelana Jaya.Tetapi akibat rasa tamak sesetengah individu yang tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat, ingin merobohkan dan membangunkan kawasan tersebut menjadi bangunan Apartment 35 tingkat dengan 7 blok kesemuanya.
Antara Kesan-Kesan buruk jika kawasan padang tersebut dimajukan.
Seperti yang sedia maklum, aliran trafik di Kelana Jaya pada ketika ini menerima jumlah trafik yang tinggi terutamanya pada waktu puncak antara 7 hingga 10 pagi dan 5 hingga 8 malam.
Jika bangunan Apartment ini siap dibina, akan berlaku pertambahan lima ribu penduduk dan perkara ini akan membuatkan kesesakkan di Kelana Jaya akan bertambah teruk dan berkemungkinan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tidak dapat menampung pertambahan aliran trafik yang tinggi.
Nilai sentimental yang tinggi harganya
Nilai sentimental yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit adalah harga paling mahal perlu dibayar oleh PKNS jika mereka nekad unutk merobohkan padang ini. Lagenda bolasepak Malaysia Arwah Mokhtar Dahari pernah bersama PKNS dan pernah berlatih dan bermain di padang ini.
Diharap pihak Kerajaan Negeri Selangor memikirkan kebajikan penduduk Selangor dahulu sebelum memikirkan keuntungan seperti slogan kerajaan negeri yang selalu dilaung-laungakan iaitu Negeri Kebajikan. Jadi dimanakah tanggungjawab kebajikan kerajaan negeri Selangor selaku pemilik kepada PKNS dalam menjaga kebajikan rakyat negeri Selangor khususnya kepada penduduk Kelana Jaya. Jangan hanya pandai menabur janji tetapi tak ditunaikan.
Demi menyahut seruan kempen ini diharap pembaca dapat menyertai Online Petition KLIK SINI untuk sama-sama membantu membantah projek ini.
P/S:Majulah Sukan Untuk Negara
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan