Naik meluat dengan kenyataan Menteri Besar Selangor yang dengan bongkaknya mengatakan padang Kompleks PKNS akan dibangunkan juga tanpa mengira akibat yang bakal dihadapi oleh rakyat khususnya kepada penduduk Kelana Jaya
Dimanakah janji-janji Kerajaan Selangor yang kononnya ingin menjaga kebajikan rakyat.Retoriknya negara berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram adalah mainan politik semata-mata
Keangkuhan Menteri Besar dengan menegaskan pembangunan akan dilaksanakan mencerminkan sifat diktator yang hanya mementingkan poket sendiri tanpa memikirkan perihal rakyat yang tidak mahu padang itu dibangunkan
Sekali lagi padang tersebut merupakan tempat riadah bagi penduduk sekitarnya kerana menempatkan padang bola, gelangang tenis, dan juga gelangang futsal. Adakah tidak logik jika Menteri Besar mengatakan projek tersebut adalah sama seperti projek MRT.
Projek MRT melibatkan kemudahan awam untuk kegunaan rakyat tetapi projek kondominium ini adalah unutuk penempatan dan hanya mampu dimiliki oleh gologan berada sahaja.
P/S: Mari kita sama-sama selamatkan padang ini dari cengkaman perasaan tamak haloba pakatan haram
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
5 bulan yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan