Khamis, 10 November 2011

Panas !!! Padang Nostalgia PKNS Kelana Jaya bakal pupus ditelan zaman


Padang yang menjadi simbol kepada kawasan Kelana Jaya lebih 30 tahun ini bakal diranapkan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang tidak sedar bahawa padang ini memberi maknanya besar kepada sesetengah orang bah kan juga kepada penduduk Kelana Jaya khususnya.

Padang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri kini sejarah itu bakal dimusnahkan oleh akibat kerakusan dan ketamakkan pemimpin kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan Haram.

Petikan Akhbar Utusan Online:

PETALING JAYA 7 Nov. – Penduduk SS7 Kelana Jaya dekat sini menyuarakan kebimbangan ekoran cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan padang permainan di situ menjadi kawasan komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari berkata, majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat akan memberi kesan negatif kepada persekitaran di situ.

“Rata-rata penduduk kecewa apabila janji PKNS semasa mereka mula membeli rumah dahulu semakin tinggal janji. Ini kerana, PKNS menyatakan kelengkapan beriadah seperti padang, taman tasik dan tadika akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

“Tetapi apa yang mengecewakan, sedikit demi sedikit janji itu musnah, tadika di SS5 sudah dijadikan kawasan perumahan. Malah, sebahagian taman tasik juga telah diambil ketika mahu membangunkan Plaza Kelana Jaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Padang berusia lebih 30 tahun yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan ‘melahirkan’ jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari dikhabarkan akan dibangunkan dengan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Tambah Zul Mukshar, pembinaan bangunan komersial itu juga dikhuatiri akan menambah kesesakan trafik yang sentiasa padat di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP).

Sehubungan itu, beliau berharap PKNS dapat menimbangkan permintaan penduduk agar mengekalkan padang tersebut demi kepentingan masyarakat untuk beriadah dan menikmati persekitaran yang tenang.

“Kekalkan padang itu dan kami berharap PKNS yang berada di bawah kerajaan negeri janganlah terlalu bersaing dengan syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan masyarakat,” katanya.

Pihaknya akan berterusan mengadakan bantahan dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan sokongan semua pihak di dalam laman blog, Facebook dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia yang dilaung-laungkan kerajaan negeri hanya omong kosong.

“Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat dan bukannya menyusahkan mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan,” katanya.


Bila perkara sebegini terjadi pihak berkenaan mula menuding jari kepada kerajaan terdahulu

KENYATAAN MEDIA ADUN SERI SETIA NIK NAZMI NIK AHMAD

Ramai penduduk SS7 Kelana Jaya prihatin dengan cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.

Cadangan ini mula dibincangkan di dalam perbincangan tidak formal dengan penduduk awal tahun ini yang turut dihadiri pegawai-pegawai PKNS.

Penduduk prihatin memandangkan Kompleks Sukan ini telah digunakan untuk aktiviti sukan dan masyarakat selama bertahun-tahun. Ramai jaguh sukan bola sepak, kriket dan ragbi dilahirkan di sini, malah perlawanan Kriket Sukan Komanwel 1998 juga dilangsungkan di sini.

Jelas sekali Kompleks Sukan ini mempunyai nilai komuniti dan sejarah yang cukup besar bukan sahaja bagi masyarakat setempat tetapi negara.

Apatah lagi, sebarang pembangunan akan mengeruhkan keadaan trafik kawasan ini yang sudahpun berada di dalam keadaan teruk dan akan menyaksikan beberapa projek kepadatan tinggi yang baru: Icon City, Paradigm dan lain-lain lagi.

Memandangkan cadangan terbaru ini hanya diutarakan ketika saya berada di luar negara, saya tidak dapat bertemu dengan penduduk ataupun menghadiri bantahan aman yang diadakan pada 16 Oktober 2011.

Bagi memahami cadangan ini, saya bertemu dengan pegawai-pegawai PKNS pada Isnin 17 Oktober. Pagi ini saya bertemu dengan AJK Selamatkan Padang Rakyat yang memimpin bantahan terhadap pembangunan semula ini.

Berikut merupakan fakta-fakta kes ini:

PKNS memohon geran untuk plot-plot tanah di Kompleks Sukan ini pada 2006 di bawah Kerajaan BN sebelum ini bagi membolehkan PKNS memajukan tanah ini secara komersial.

Ada tiga geran yang dikeluarkan kepada PKNS antara 2006 hingga 2008 untuk pembangunan institusi dan komersial.

PKNS kini telah membuat permohonan kepada MBPJ untuk membangunkan Kompleks Sukan ini yang kemudiannya menarik perhatian penduduk.

Saya akan menganjurkan dialog dengan penduduk SS7 tentang pembangunan semula Kompleks Sukan ini pada 10 pagi Sabtu 22 Oktober di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS.

Saya berharap penduduk dapat hadir bagi menyuarakan pandangan mereka tentang projek ini.

Saya berjanji untuk berbuat apa sahaja bagi mencari penyelesaian terbaik bagi penduduk dan berharap PKNS yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengkaji semula cadangan ini dengan mengambilkira pandangan penduduk.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA, SELANGOR
19 Oktober 2011



Dakwaan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa padang berkenaan telah mendapat geran bagi plot-plot tanah berkenaan untuk pembangunan komersial pada 2006 dan jika benar 3 geran telah dikeluarkan untuk tempoh 2006 hingga 2008.

Ok jika benar kenapa kerajaan PR tidak membatalkan terus projek tersebut kerana bukan kerajaan BN yang menerajui Selangor sekarang.Sedangkan Projek Empangan Langat 2 yang lebih mustahak dan berkepentingan umum lagi boleh ditangguhkan oleh MB Khalid Ibrahim, inikan pula pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.

Apapun tahniah kepada kepada penduduk Kelana Jaya yang terus menerus berjuang menyelamatkan Padang Nostalgia ini dari kerakusan individu tertentu.

P/S: Pernah main bola kat situ dulu....

0 ulasan:

Catat Ulasan