Khamis, 16 Jun 2011

Siapa Ambiga dan IFC...?


Pluralisme yang menuntut kesamarataan beragama dinegara ini dipelopori oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat melalui IFC(Inter Faith Council) ,IFC ini juga menjadi intipati perjuangan oleh Ambiga Sreenevasan bekas presiden Bar Council.

Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama,dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara .

Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa,Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Pakatan rakyat dan kesemua pemimpin mereka sama sama memperjuangkan IFC,

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.


IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. Matlamat Penubuhan IFC


IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama klik sini )


2.


Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5.



Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7.


Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
(
Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)selanjutnya sini


9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10.

Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.


IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Malah mendapat endorsement Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Khalid Samad,Malik Imtiaz,golongan erdorgan PAS dan termasuklah penyokong melayu Islam PAS dan PKR.


PAS juga turut terpalit apabila menyokong penubuhan IFC ini ,buktinya semasa konvensyen PR ,PAS menerima intipati perjuangan Pakatan Rakyat agar mengadakan perbincangan antara agama selaras dengan kehendak IFC yang di dokong oleh DAP dan PKR.

Jadi kepada rakyat sekalian jangan jadi manusia yang bodoh tidak nampak yang maan buruk dan yang mana yang baik.Kalau mereka memerintah akan hilang lah Islam di bumi Malaysia ini seperti gugurnya Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Reaksi:

6 ulasan:

  1. salam.. abg.. min nak share ye..

    BalasPadam
  2. lau Billa mmg xstuju lah..dorg seolah2 nk hncur kan agama islam..walaupon sy nie bukanlah ulama yg tinggi agama,tp sy pon taw yg smua 2 dibuat tok sesatkan agama n akidah kita! xptot lnsong!

    BalasPadam
  3. justice 71 terengganu kita7 Mei 2012 4:46 PTG

    kalau ada pun perbahasan antara agama janganlah hanta ulama2 umno... Biarlah ulama2 pas yang berwibawa untuk membahaskan masalah agama..untung2 pengikut agama lain akan tertarik dengan islam... tak salah kebebesan agama di Malaysia, yang salahnya sikap kita yang tak mahu memperdalamkan agama kita yang suci yang kita anuti.. macamana kita praktikan ajaran islam dalam kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.. lagi pun undang2 ciptaan britis di Malaysia masih terus diamalkan dan di sanjung,.. tak ada bezanya jika kebebasan beragama di amalkan di malaysia,,,, Justeru itu jika benar2 inginkan kesucian agama islam kembali sama tahap atau sekurang2nya pada zaaman Khalifah alrasshidin marilah sama2 kita sokong undang2 HUDUD di laksanakan di malaysia,,,, amin.. tiada gunanya kita takut dengan bayang2 yang dimainkan dan dnyalakan oleh orng2 yang berkepentingan.. renungkanlah

    BalasPadam
  4. Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita memang nak HUDUD dilaksanakan. Tapi kalau perkara dalam IFC ini pun kita beralah, mana jalan kita nak laksanakan HUDUD ? HUDUD diperjuangkan sebab hukum Allah itu wajib kita pertahankan.Tapi apakah perkara yang IFC tuntut ini perkara kecil ? Ia sama penting dengan HUDUD..Bahkan kalau akidah sudah tergadai, apalagi yang kita nak bincang tentang hukum ? Hudud untuk orang Islam, kalau Islam sendiri sudah tergadai...percayalah HUDUD juga tergadai jua. Jangan pandang atas persperktif politik kepartian dalam perkara ini, pandanglah atas kepentingan Islam.

    BalasPadam