Jumaat, 20 Januari 2012

PAS= Parti Adat dan Sukan (Boleh la buat team bola lepas ni)


Ramai betul yang marah dan tidak berpuas hati bila mana PAS Selangor telah di nafikan kredibiliti mereka bahawa selama ini PAS memperjuangkan Islam.

Selepas Datuk Dr. Hassan Ali ditendang dari PAS, beliau juga turut ditendang dari barisan Exco Selangor. Hassan Ali telah memegang jawatan sebagai Exco dan memegang portfolio Hal-Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Instrastruktur dan Kemudahan Awam.

Setelah pemecatan itu, Portfolio Exco Hal-Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Instrastruktur dan Kemudahan Awam perlu diisi segera. Jangkaan bahawa pengganti Hasan Ali adalah dari kalangan PAS adalah benar.

Selepas upacara perlantikan dan mengangkat sumpah Dr Yunus sebagai Exco baru di Selangor bagi menggantikan Dr Hasan Ali yang telah dipecat dari Pas, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah membuat kejutan dengan mengumumkan satu sidang akhbar berkenaan rombakan Exco negeri tersebut.

Kejutan Khalid itu benar-benar telah menunjal-nunjal kepala PAS. Maruah PAS dipijak-pijak. Khalid telah menafikan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Didalam sidang media berkenaan, Khalid mengumumkan Dr. Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas akan dipegang oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Khalid memberikan alasan dia tidak lagi mempercayai bahawa Portfolio Hal Ehwal Islam harus diberikan kepada PAS lagi. Penganti Hasan Ali ialah Dr Ahmad Yunus Hairi ADUN Sekijang telah diberikan Portfolio Exco Hal Ehwal Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Portfolio hal ehwal Islam telah dibalun sendiri oleh Khalid yang kononnya dia lebih percaya dirinya sendiri menjaga Hal Ehwal Islam berbanding PAS yang kita kenali sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

PAS terpaksa memendam rasa dan menangis tak berlagu apabila diperlakukan sebegini. PAS yang sebelum ini mengutuk UMNO tidak memperjuangkan Islam dan mengatakan UMNO sebagai parti yang rasis memperjuangkan Melayu telah dibalas oleh Allah S.W.T atas keceluparan mereka.

Hari ini PAS tidak lagi diberi mandat menjaga kebajikan Islam di Selangor lagi tetapi telah disingkirkan secara halus oleh Khalid dan Pakatan Rakyat.

Persoalannya, mampukah Khalid mengambil tugas yang sebelum ini dipegang oleh Hasan Ali dengan jayanya? Atau rumah urut, sindiket pelacuran, penjualan arak bahkan gejala murtad makin menular hebat di negeri Selangor?

Khalid sendiri meragui PAS itu Parti Islam. Dia juga tak percaya yang PAS boleh memikul tanggungjawab untuk memartabatkan Islam. Walaupun dia sendiri kaki karaoke dan lagu favouritenya Biar Bulan Bicara Sendiri. Memang sendiri la bulan ni akan meroyan.

Seperti yang pernah aku katakan berkali-kali, PAS bukannya Parti Islam. Pada aku, keputusan Khalid itu sesuatu yang sangat sesuai dan tepat sekali dengan melantik Dr Yunus untuk portfolio Adat dan Sukan kerana Dr Yunus memang mewakili PAS (Parti Adat dan Sukan) !

Lepas ni Nik Ajis boleh pergi ROS dan re-register untuk tukar nama Parti kepada Parti Adat dan Sukan. Idea ni aku bagi free je. Tak perlu bayar consultant fee. Puak-puak lebai kera suka benda-benda free ni.

Majulah Adat dan Sukan di Negeri Selangor dibawah PAS (Parti Adat dan Sukan) !!!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sumber: KitaGempur

P/S: PAS boleh buka team bola lepas ni...hehehehehe

0 ulasan:

Catat Ulasan